Neelofa Tak Serik-Serik? Tak Mengaku Bersalah Beli Karpet Di Nilai 3
Pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Nor dan suami Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) mengaku tidak bersalah.
Rentetan kes yang tular baru-baru ini, mereka tidak mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi.
Neelofa juga dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas kesalahan tidak mengimbas menggunakan aplikasi MySejahtera untuk check-in.
Pihak pendakwa memohon jaminan sebanyak RM20,000 namun peguam pasangan itu Haresh Mahadevan meminta untuk mengurangkan jumlah tersebut.
Menurut mStar lagi, PU Riz pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 kerana gagal membuat imbasan MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Pasangan ini dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah pada jam 10.10 pagi setelah selesai membayar wang jaminan.
Pada 4 Mei lalu, tular di media sosial menunjukkan Neelofa dan pasangannya itu di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu.