Netizen Bengang, Antivaksin Sanggup Palsukan Sijil Digital Vaksinasi – Manis Madu
Netizen Bengang, Antivaksin Sanggup Palsukan Sijil Digital Vaksinasi

Netizen Bengang, Antivaksin Sanggup Palsukan Sijil Digital Vaksinasi

Tindakan seorang pengguna media sosial menawarkan servis penjualan sijil digital vaksinasi Covid-19 MySejahtera palsu berharga RM2, 500 mengundang kemarahan netizen.

 

Menerusi tangkap layar dimuat naik pengguna bernama LaFareast itu memaparkan perbualan antara seorang lelaki yang melayan seorang pelanggan berminat dengan servis sijil palsu tersebut.

“Wow mungkin ini caranya untuk ke umrah bagi orang yang tidak vaksin?” kata LaFareast.

 

Dapat dilihat perkhidmatan sijil vaksinasi palsu itu menggunakan nama sebenar mereka yang masih belum divaksin selain dijamin selamat untuk digunakan terhadap penguat kuasa.

 

Selain itu, segala maklumat juga dirahsiakan daripada orang lain dan boleh mendapat tawaran harga lebih murah jika mengajak rakan-rakan menggunakan servis itu.

 

Rata-rata pengguna media sosial lain tidak berpuas hati dan merasakan golongan anti vaksin itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mengelak daripada divaksin.

 

“RM2, 500 padahal vaksin itu percuma, maka betul antivaksin ini bebal,” kata Anis Adnan.

 

“Cucuk vaksin percuma, bayar mahal untuk MySejahtera palsu, kesian,” ujar Aiman.

 

“Semua boleh dibeli asalkan mampu bagi bayaran duit seperti yang diminta kan,” keluh Natalia Ong.

Post a Comment