Niat Hantar Surat Untuk Ceriakan Ratu Elizabeth II, Kanak-Kanak Perempuan Ini Terkejut Dapat Balasan!
Niat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menulis sepucuk surat kepada Ratu Elizabeth II yang mengatakan dirinya sedih berikutan kemangkatan Putera Philip dibalas dengan khabar gembira apabila Erin Bywater mendapat surat balas daripada Ratu Elizabeth II!
Memetik laporan Grimsby Live, kanak-kanak dari Scunthorpe, United Kingdom berkata, dia amat terkejut apabila mendapat surat balas berkenaan dan akan menyimpan surat itu dan ingin menunjukkannya kepada rakan-rakannya di sekolah.
Khabarnya, Erin mempelajari ilmu tentang keluarga diraja Britain dan mahu membantu apabila mendengar berita kemangkatan Putera Philip.
Menurutnya, surat berkenaan ditulis dan dihantar kepada Ratu Elizabeth II termasuk lukisan yang dihasilkannya dengan harapan dapat menceriakan Ratu Elizabeth.
Antara isi surat Erin termasuk lukisan tangan membuat lakaran baginda dengan berkata: “Saya menyukai topi dan kot tuanku. Adakah tuanku mempunyai kucing atau anjing?”
“Patik tahu tuanku sedih, jadi saya fikir tuanku akan menyukai gambar ini.”
Dalam pada itu, keluarga Erin juga amat terkejut apabila kanak-kanak itu menerima maklum balas yang segera dari Istana Buckingham, apatah lagi komitmen baginda pada masa ini dan kemungkinan jumlah surat yang banyak diterima baginda.
“Sungguh mengejutkan menerima surat balas itu. Kami Cuma menghantar surat itu, tidak harapkan sebarang balasan,” kata ibu Erin, Nicola.
Menerusi surat balas, Istana berkata: “Beta mengucapkan terima kasih dengan tulis atas ucapan simpati atas kemangkatan suami beta. Elizabeth R.”
Sumber Gambar: grimsbytelegraph