“Ohh kau tak nak kasut!! Cakap lah tak nak kasut!!” Gadis Redha Ibu Sendiri Tolong Ambil Video
Baru-baru ini, gelagat ibu dan anak yang sedang cuba merakam video mencuit hati warganet. Si ibu yang ditugaskan untuk mengambil video membuatkan warganet terhibur dan menyamakan dengan situasi mereka.
Melalui perkongsian daripada @afiqaaisyaa, difahamkan dia meminta ibunya membantu dia merakam video untuk tujuan review produk tudung.
@afiqaaisyaaIbu buat salah, kita pulak kene marah. Nanti marah balik neraka pulak tempatnya. Redoo 🤣♬ original sound – •• Triple A ••
Dalam video berkenaan, gadis itu turut menunjukkan perbezaan video seperti apa yang diinginkan dan video seperti apa dirakam ibunya.
“Ibu buat salah, kita pulak kena marah. Nanti marah balik neraka pulak tempatnya. Redoo,” tulis keterangannya di video berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan menyamakan situasi itu dengan apa yang pernah mereka lalui.
“Mak saya langsung tak tekan rekod,” komen @ciksya10 disertai emoji ketawa.
“Hahahahaha, macam mak aku. Aduh kadang-kadang boleh gaduh,” tulis @sofeapoppy
“Dia dah cakap banyak kali tak nak kasut, makcik,” komen @awathifsukriii
Video tersebut mendapat sebanyak 115.2k tontonan, 16.7k tanda suka dan 140 komen.