“Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal” Anak Shuib & Arwah Siti Sarah Diejek Rakan Sekelas – Manis Madu
“Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal” Anak Shuib & Arwah Siti Sarah Diejek Rakan Sekelas

“Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal” Anak Shuib & Arwah Siti Sarah Diejek Rakan Sekelas

Sejak kebelakangan ini, kes buli dalam kalangan kanak-kanak makin menjadi-jadi pula!

 

Baru-baru ini, anak kepada pelawak, Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah juga mengalami nasib yang sama.

 

Anak perempuan kepada pasangan tersebut yang dikenali sebagai Dekta dilihat sedang menangis tersedu sedan sambil memeluk neneknya dan mengadu dirinya dibuli rakan sekelas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

“Dia (rakan sekelas) kata padan muka ibu dia dah meninggal,” cerita Dekta sambil menangis.

 

Turut kedengaran, Dekta berkata dia sudah pun memberitahu kepada guru kelas dan rakannya itu telah dimarahi oleh guru berkenaan.

 

Melihat ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa sebak dengan aduan Dekta yang sudah tentu sangat sedih apabila ada yang menjadikan pemergian ibunya yang tersayang sebagai bahan ejekan.

 

Tidak kurang juga yang meminta agar guru dan ibu bapa mendidik dan menasihati anak-anak agar lebih menghormati sensitiviti orang lain.

 

“Kesian. Kena mintak tolong cikgu nasihat murid-murid hormati rakan-rakan. Jangan suka ejek-ejek apa lagi kata negatif pasal ibu atau bapa yang dah meninggal. Biadap tu,” komen seorang warganet.

 

“Melampau budak-budak ni. Paling geram kalau orang sentuh ibu bapa. Dah meninggal pulak tu. Hati budak tu belum sembuh lagi,” tambah seorang warganet lain.

 

Untuk info, arwah Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu kerana dijangkiti Covid-19.

Post a Comment