Pakai Jam Tangan Mewah Tapi Tak Menunjuk, Netizen Puji Sikap Rendah Hati Siti Nurhaliza!
“Dia layak memakainya.”
Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan menggayakan seutas jam tangan bernilai lebih RM1 juta ringgit ketika hadir pada satu pertunjukan fesyen di ibu negara, lapor Kosmo!
View this post on Instagram
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu memaparkan Siti melambaikan tangan dan kelihatan jam tangan mewah bertali berwarna merah itu dipakai pakai pada tangan kanannya.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik akaun berkenaan turut meletakkan foto jam berjenama Richarcd Mille yang dipakai pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu bernilai RM1.1 juta.
View this post on Instagram
Biarpun isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu memakai barangan mewah, dia tidak dilemparkan sebarang kata-kata negatif daripada netizen.
“Dia layak dan mampu, hasil usaha dia jugakan. Bertahun-tahun menyanyi.
“Siti ialah satu-satunya artis yang paling merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dia kaya. Hormat dengan gayanya,” puji seorang peminatnya.
Dalam pada itu, turut menarik perhatian ramai ialah komen daripada bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli yang memberitahu Richard Mille juga antara jenama mewah kegemarannya.
“Siti memang sudah lama memakai jam tangan berharga ratusan dan jutaan ringgit. Ini antara jenama kegemaran saya,” ujarnya.