Pakai Seluar Jean, Wanita Dipukul Sampai Mati
Seorang gadis dari Uttar Pradesh, India didakwa dipukul ahli keluarganya hingga mati hanya kerana memakai seluar jean.
Mangsa yang dikenali sebagai Neha Paswan, 17, itu dipukul menggunakan kayu berikutan pertengkaran mengenai pakaian yang dipakai oleh mangsa.
Mengikut laporan New York Post, kejadian itu berlaku selepas datuk dan bapa saudara Neha tidak suka melihat mangsa memakai seluar jean pada majlis keagaamaan yang dijalankan .
Menurut ibu mangsa, Shakuntala Dewi Paswan, Neha dikatakan memakai seluar jean di rumah semasa melakukan upacara keagamaan.
“Kerana mengikut ajaran agama, dia berpuasa sepanjang hari dan sebelah petangnya baru dia menyertai upacara keagamaan dengan memakai baju dan seluar jean”
Datuk dan nenek Neha bagaimanapun menegur seluar jean yang dikenakan pada hari tersebut dan Nuha dikatakan membalas teguran tersebut.
“Seluar jean dibuat untuk dipakai dan saya akan memakainya” – Nuha
Mendengar kepada jawapan yang diberikan, datuk dan ahli keluarganya yang lain terus memukul Neha dengan menggunakan kayu dan melarang orang lain untuk masuk campur dalam hal tersebut.
Ahli keluarga yang tidak terbabit memukul mangsa kemudian memanggil pengayuh beca untuk membawa Neha yang tidak sedarkan diri ke hospital.
Mayat Neha bagaimanpun dijumpai tergantung di atas jambatan dan polis mengesyaki pengayuh beca itu cuba membuang jasad gadis berkenaan.
“Mereka tidak membenarkan saya menemani mereka, jadi saya memberi tahu saudara-mara saya yang pergi ke hospital daerah untuk mencarinya tetapi gagal ditemukan” – Shakuntala Devi
Susulan itu, 10 ahli keluarga Neha ditahan dan didakwa atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan cubaan mengahapuskan bukti.
Sumber Gambar: BBC