Pasangan Minta Nombor Pin Kad ATM, Netizen Berbalah Patut Kongsi Atau Tidak! – Manis Madu
Pasangan Minta Nombor Pin Kad ATM, Netizen Berbalah Patut Kongsi Atau Tidak!

Pasangan Minta Nombor Pin Kad ATM, Netizen Berbalah Patut Kongsi Atau Tidak!

Berkongsi nombor pin bersama pasangan? Boleh ke tidak sebenarnya? 

 

Baru-baru ini di media sosial Twitter, @danial_aia telah berkongsi imej posting Facebook yang bertulis ‘isteri mintak no pin atm. Dia cakap risau kalau apa-apa jadi kat sy mcm eksiden mati ke. Patut ke sy bagi?’

Menurut tweet Danial, dia berkata banyak komen yang melawak dan main-main dengan soalan ini dan bukan nombor pin ATM sahaja isteri patut minta, kemudian Danial berkongsi beberapa perkara lain dalam bebenang tweet yang dibuatnya. 

 

Seorang lagi pengguna Twitter, @alfatehamorr membalas tweet tersebut dengan tidak bersetuju terhadap bebenang yang dikongsi Danial terutamanya berkenaan perkongsiaan nombor pin.

 

Katanya jangan berkongsi nombor pin walaupun dengan pasangan kerana jika dikongsi anda akan kehilangan hak untuk membuat tuntutan jika berlaku sebarang kejadian yang tak diingini. 

 

“Jangan bagi. You have a duty as pemegang card debit to not disclose your pin number. Once kau disclose, kau hilang the ability to claim for any forged transaction yg jadi kat kad kau.”

alfathea (1)

Pengguna @alfatehamorr dengan sedaya upaya mungkin meminta @danial_aia untuk membuat penjelasan yang lebih baik berkenaan perkongsian nombor pin kerana rata-rata ramai yang bersetuju berkongsi nombor pin ATM kepada pasangan.

 

“please be responsible and clarify on this issue please? Read Para 15 of BNM/GP11 and tell me im wrong(?)

 

Kalau aku salah then okay, sorry, but clarify la please. Agak berat apa yg kau canang ni. Disclose pin number tu bro.”

aftah (1)

Akhirnya pada penghujung bebenang tersebut akaun @danial_aia dia dimaklumkan berkongsi nombor pin adalah salah di sisi undang-undang.

 

“Saya dimaklumkan yang berkongsikan ATM pin or apa2 yang rahsia ni salah disisi undang².

 

Korang boleh ambik tips lain dan yang part share pin tu elakkan. Cara paling bagus bincanglah elok² dengan pasangan anda”

Danial (1)

Jadi bagaimana pendapat Maduners? Berkongsi nombor pin adalah salah disisi undang-undang tapi adakah anda akan berkongsi perkara ini pada pasangan untuk memudahkan mereka jika terjadi apa -apa pada anda? Semuanya pilihan masing-masing! 

Post a Comment