Pelajar Perakaunan UUM Berjaya Meraih Markah Ketiga Tertinggi Dunia Serta 2 Lagi Pencapaian Terbaik 2020! – Manis Madu
Looi Pui Mun Pelajar Perakaunan UUM Berjaya Meraih Markah Ketiga Tertinggi Dunia

Pelajar Perakaunan UUM Berjaya Meraih Markah Ketiga Tertinggi Dunia Serta 2 Lagi Pencapaian Terbaik 2020!

Nama Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya dijulang di persada dunia apabila Looi Pui Mun, 23, seorang pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) yang menduduki exam bagi kertas Advanced Performance Management (APM) pada Disember 2020 lalu berjaya markah tertinggi di Malaysia.

Dalam tahun lalu juga, Pui Mun berjaya meraih 2 lagi anugerah yang mana markah tertinggi di Malaysia dan ketujuh di dunia dalam peperiksaan Strategic Business Reporting (SBR) bagi bulan Mac, manakala pada September Berjaya berada di tempat ketiga di Malaysia untuk kertas Strategic Business Leader (SBL).

 

“Kertas APM ini mencerminkan pengurusan perakaunan sebenar. Justeru apabila menduduki peperiksaan bagi kertas ini, saya perlu menilai sistem pengurusan prestasi sesebuah organisasi, sama ada ia sesuai dalam konteks organisasi berkenaan”.

 

“Jika dibandingkan dengan kertas SBR yang lebih berteraskan pelaporan kewangan korporat bersifat luaran, APM adalah peperiksaan yang menguji daya analisis calon untuk menyelesaikan masalah dalaman organisasi,” katanya yang kini berada di semester tujuh”.

 

Untuk pengetahuan Maduners, Pui Mun turut berkongsi bahawa pada Jun nanti dia bakal menduduki satu lagi peperiksaan bagi melengkapi program The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

 

Apabila ditanya mengenai rahsianya memperolehi kejayaan-kejayaan itu, Pui Mun berkata dia hanya mengulangkaji dan membuat latihan soalan tahun-tahun terdahulu.

 

Selain itu, kecekalan dan iltizam yang tinggi sangat penting dalam mengimbangi peperiksaan ACCA dan ijazah di UUM.

 

“Saya akan sentiasa menetapkan matlamat pembelajaran ACCA berdasarkan garis masa sehingga peperiksaan. Ini bagi memastikan saya konsisten dalam persediaan dan tidak melengahkan waktu ulangkaji sehingga saat akhir yang semestinya akan lebih memberi tekanan”.

 

“Saya berharap pencapaian ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain untuk terus mencapai cita-cita dan matlamat diri, malah membanggakan universiti dan TISSA-UUM,” Ujarnya.

 

Pencapaian Pui Mun turut mendapat perhatian Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, yang menyifatkan program perakaunan UUM serta ACCA semakin menjadi pilihan utama pelajar tempatan dan antarabangsa.

 

Tambah Naib Canselor UUM itu lagi, pencapaian ini membuktikan program perakaunan UUM setanding universiti terkemuka dunia serta selaras dengan hasrat negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan terbaik di dunia.

Sumber Featured Image: http://uum.edu.my

Post a Comment