Pelari Pecut Belarus Larikan Diri Ke Jepun, Takut Dipenjara Di Negara Sendiri
Menerusi satu video yang di muat naik di laman TikTok @cbsnews, pelari pecut Belarus iaitu Kristina Timanovskaya dikatakan memasuki kedutaan Poland di Tokyo selepas dia didakwa enggan pulang ke Belarus.
@cbsnewsBelarusian sprinter Kristina Timanovskaya was granted asylum in Poland after she says she feared for her safety in her home country.♬ original sound – cbsnews
Jawatankuasa Olimpik di Belarus bagaimanapun cuba memaksa Kristina untuk pulang ke rumah setelah dia mengkritik pelatihnya secara terbuka di media sosial kerana mendaftarkannya untuk acara yang salah.
Menurut laporan The New York Times, Kristina Timanovskaya kini berada di bawah perlindungan polis Jepun.
View this post on Instagram
Pada Ahad lalu, Kristina memberitahu dia telah meminta perlindungan di Jepun kerana bimbang akan keselamatannya jika dia pulang ke Belarus.
“Saya takut untuk pulang ke Belarus kerana mereka mungkin akan memenjarakan saya” – Kristina.
“Saya tidak takut jika saya dipecat atau diusir dari pasukan kebangsaan, saya cuma bimbang tentang keselamatan saya. Saya rasa buat masa ini tidak selamat bagi saya untuk pulang ke sana” – Kristina.
View this post on Instagram
Jawatankuasa Olimpik Belarus yang dikendalikan oleh Victor Lukashenko menyatakan bahawa pihaknya telah menarik balik nama Kristina Timanovskaya dari pasukan kerana dia berada dalam keadaan emosional dan psikologi setelah berunding dengan doktor.
Kristina bagaimanapun menafikan perkara tersebut kerana dia tidak pernah berunding dengan mana-mana doktor dan berada dalam keadaan sihat, malah dia dipaksa keluar dari pasukan disebabkan video kritikan yang dibuat berkenaan pelatihnya.