Pelik Tapi Benar! Wanita Ini Akan Pengsan Jika Nampak Lelaki Kacak – Manis Madu
Wanita Ini Akan Pengsan Jika Nampak Lelaki Kacak

Pelik Tapi Benar! Wanita Ini Akan Pengsan Jika Nampak Lelaki Kacak

Pelik tapi benar-benar terjadi! Itulah perkara yang berlaku kepada seorang wanita yang berasal dari Northewhich, Cheshire, England yang menghidap satu penyakit yang mana dia akan rebah dan pengsan apabila terlihat lelaki kacak.

Kirsty Brown, 32, difahamkan menghidap katapleksi iaitu sejenis penyakit kelumpuhan di dalam otak yang akan berlaku secara mengejut jika penghidapnya mengalami satu perubahan emosi yang kuat seperti takut, marah dan juga ketawa, lapor Daily Mail.

 

Maka, untuk mengelakkan keadaan sedemikian berlaku ketika penyakitnya menyerang, Kirsty yang juga ibu kepada dua orang anak terpaksa menundukkan pandangannya ke bawah jika berhadapan dengan orang ramai.

 

“Ianya sangat memalukan. Saya pernah keluar untuk membeli belah dan saya terlihat seseorang yang menarik dan kaki saya terus menjadi lemah sehingga saya terpaksa berpaut pada sepupu saya.

 

“Jadi saya akan berusaha untuk tidak meletakkan diri saya pada situasi seperti itu dengan menundukkan pandangan saya,” katanya.

 

Secara purata, Kirsty akan berdepan serangan ini sebanyak lima kali sehari namun jika parah ia boleh bertambah sehingga 50 kali menyebabkan dia sukar untuk keluar dari rumah.

Selain daripada berdepan lelaki kacak, serangan juga boleh berlaku jika dia ketawa atau sedang marah. Malah, ketika berada di tangga curam juga boleh menyebabkan serangan kerana dia takut pada ketinggian.

 

“Ketawa serta timbul perasaan marah turut menyebabkan serangan berlaku walaupun sekadar berasa diri sendiri lucu. Ia adalah mana-mana emosi bertenaga selain bunyi bising seperti hon kereta dan suara jeritan,” ujarnya lagi.

 

Ringkasnya, katapleksi juga hampir sama dengan strok yang mana penghidapnya akan mengurangkan kekuatan otot hingga menjadi lumpuh sementara.

Post a Comment