Pengantin Baru Tercengang, Isteri Menangis Terpaksa ‘Hilang’ Rahim – Manis Madu
Pengantin Baru Tercengang, Isteri Menangis Terpaksa ‘Hilang’ Rahim

Pengantin Baru Tercengang, Isteri Menangis Terpaksa ‘Hilang’ Rahim

Memiliki cahaya mata sebagai pelengkap kasih sayang sudah pasti menjadi perkara yang diimpi-impikan oleh setiap pasangan suami isteri.

 

Namun begitu, tidak semua pasangan bernasib baik untuk memiliki zuriat sendiri sama seperti kisah seorang pengguna TikTok yang berkongsi tentang masalah penyakitnya sehingga doktor menyarankan agar rahimnya dibuang.

 

Menerusi akaun @reenaSuhaimi, wanita tersebut seperti tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh doktor setelah melakukan pemeriksaan yang mana hasilnya mendapati dia mengalami masalah fibroid dan terpaksa melakukan pembedahan membuang rahim.

@rena_baik #Histerektomi subtotal. Dugaan perkahwinan.Tempuhi bersama✅#buangrahim #fyp ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, wanita berkenaan akur dengan saranan tersebut dan berharap agar suaminya setia menerima dan menjaganya walaupun dia sudah tidak mampu untuk melahirkan zuriat.

 

“Kami baru sahaja bernikah. Tiba-tiba doktor kata aku kena buang rahim aku. Dugaan perkahwinan, tempuhi bersama,” katanya.

 

Jelasnya, sebelum ini dia sering mengalami pendarahan yang teruk dan berketul-ketul sehingga menyebabkan masalah kekurangan sel darah merah di dalam badan.

 

“Darah selalu keluar tak henti-henti sehingga tekanan darah dalam badan rendah dan darah keluar berketul-ketul sampai anemia, jadi susah nak bekerja dan beribadah sehingga rasa tak larat setiap hari,” luahnya.

 

Dalam pada itu, dia juga bercerita pernah melakukan ‘Dilation and curettage’, atau nama singkatannya prosedur D&C yang merupakan proses untuk membuang tisu dalam rahim, namun kaedah tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap penyakitnya.

 

Katanya, pembedahan untuk membuang rahimnya akan berlangsung pada hari ini dan berharap agar dia dan suaminya kuat menempuh dugaan ini bersama-sama.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan agar dia dan suami terus kuat dan ada juga yang berkongsi pengalaman menghadapi situasi sama sepertinya.

 

Semoga Puan Reena dan suami sentiasa diberi kekuatan!

Post a Comment