Pengantin Tak Benarkan Makan, Jurugambar Padam Semua Gambar Perkahwinan! – Manis Madu
Pengantin Tak Benarkan Makan, Jurugambar Padam Semua Gambar Perkahwinan

Pengantin Tak Benarkan Makan, Jurugambar Padam Semua Gambar Perkahwinan!

Akibat bengang kerana tidak diberi keizinan untuk makan ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan, seorang jurugambar nekad memadam semua foto pengantin yang diambilnya sepanjang majlis, lapor India.com.

 

Pengalaman itu dikongsikan oleh jurugambar yang enggan dikenali itu di platform Reddit.

 

Menurutnya, dia bersetuju untuk menjadi jurugambar untuk majlis perkahwinan rakannya dengan mengenakan caj $250 (RM1, 045) bermula dari jam 11 pagi hingga 7.30 malam.

Wedding Dinner Table Flower

“Sekitar pukul 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu tidak boleh berhenti makan kerana perlu menjadi jurugambar.

 

“Saya beritahu pengantin lelaki bahawa saya nak berehat seketika 20 minit untuk makan dan minum. Tiada bar terbuka atau apa-apa, saya bahkan langsung tidak dapat minum air.

 

“Dia kemudian beri pilihan sama ada saya menjadi jurugambarnya atau boleh balik tanpa bayaran,” tulisnya.

 

Kecewa dengan sikap pengantin yang merupakan rakannya, jurugambar tersebut berkata, dia bertindak memadamkan semua gambar yang dirakamnya sebelum itu dan berlalu pergi meninggalkan majlis.

 

Coretan tersebut menjadi viral di Reddit dengan rata-rata warganet menyokongnya sambil mengecam sikap kurang ajar pengantin tersebut.

Post a Comment