Pengorbanan Besar Si Isteri, Wanita Sanggup Derma Buah Pinggang Buat Suami – Manis Madu
Wanita Sanggup Derma Buah Pinggang Buat Suami

Pengorbanan Besar Si Isteri, Wanita Sanggup Derma Buah Pinggang Buat Suami

Istilah cinta sejati sewajarnya bukan dinilai saat kedua pasangan saling bahagia namun perlu dibuktikan ketika pasangan berada dalam kesusahan termasuk perkara melibatkan nyawa.

 

Kisah tentang seorang wanita di Indonesia ini menyaksikan bahawa cinta sejati itu wujud apabila wanita tersebut sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada suami tercinta.

 

Perkara ini dikongsi dalam sebuah video berdurasi 20 saat di aplikasi TikTok oleh anak saudara wanita tersebut. Video berkenaan memperlihatkan pasangan tersebut berada di wad hospital untuk menjalani pembedahan.

@yunitarusdanSegimana level bucin kalian? Kalo tanteku level bucin nya sudah sampai berani mendonorkan 1 ginjalnya untuk suaminya🥺🧡 #fyp #BebaskanlangkahBerani♬ Hadiah Tuhan – Nagita Slavina

Sebelum pembedahan bermula, keduanya saling memberi semangat antara satu sama lain dengan memberi pelukan erat.

 

Dalam video yang sama, pasangan tersebut dilihat terbaring di atas katil selepas selesai melakukan pembedahan yang berjalan lancar.

 

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terharu dengan momen ‘berkongsi nyawa’ serta menyifatkan tindakan tersebut sebagai lambang cinta sejati.

Post a Comment