Penyakit Milia Bukan Hanya Pada Bayi, Orang Dewasa Pun Boleh Terkena. Jangan Pandang Remeh
Milia? Penyakit apa itu? Sakit sangat ke sampai boleh jatuhkan confident level kita di depan orang ramai?
Kalau Maduners nak tahu, Milia atau ‘sista berisi keratin’ adalah ketulan putih yang mengandungi keratin berkumpul pada pori kelenjar peluh dan membentuk benjolan pada permukaan kulit.
Sumber Gambar: www.webmd.com
Saiznya amat kecil, antara satu hingga dua milimeter dan terbahagi kepada dua jenis iaitu milia primer dan milia sekunder.
Milia primer merujuk kepada bayi yang baru lahir apabila keratin terperangkap dalam kulit manakala milia sekunder terjadi akibat kecederaan pada kulit seperti melepuh.
Kebiasaannya, milia ini terjadi kepada hampir 50 peratus bayi yang baru lahir dan kepada ibu bapa yang gusar pada bayi mereka yang ada tanda-tanda milia ini, tidak perlu risau kerana ianya akan hilang apabila bayi mencecah dua hingga empat minggu selepas lahir.
Alif nak fokus lebih sedikit kepada milia sekunder yang selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa lebih-lebih lagi remaja di luar sana.
Macam Alif katakan, walaupun tidak berbahaya namun kewujudan milia pada wajah memberi kesan kepada personaliti dan juga penampilan yang boleh boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang individu.
Jangan ingat milia hanya tumbuh pada bahagian wajah sahaja, ia boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh badan yang mengalami kecederaan seperti kecederaan daripada kebakaran.
Walaupun milia hanya bersifat sementara tetapi jangan pula buat tak tahu dan tak ambil kisah tentangnya. Antara langkah yang boleh diambil untuk membuang masalah milia:
- Jangan cuba untuk mencucuk atau mengeluarkannya kerana akan menyebabkan iritasi pada kulit
- Muka anda sentiasa dibersihkan dengan pembersih muka
- Wap muka untuk membuka liang pori
- Exfoliate muka 1-2 kali seminggu
- Gunakan facial peel
- Sapukan retinoid cream pada wajah
Kalau nak dapatkan rawatan, pastikan anda lakukan bersama pakar di klinik. Jangan lakukan sendiri di rumah. Bahaya!! Nanti kena jangkitan kuman pada kulit yang boleh memberikan kesan buruk.
Penggunaan AHA bukan sahaja membersihkan kulit, tetapi mampu merejuvenasikan kulit dan menghilangkan milia bersaiz kecil.
Dah tahu kan? Jangan buat tak kisah pula walaupun bendanya kecil. Boleh jejaskan tahap keyakinan diri seseorang. Jangan lupa jaga muka Maduners semua.