Perangai Macam Kuda? Ava Vogel Berlatih Dari Kecil Untuk Buat Lompatan Seperti Kuda – Manis Madu

Perangai Macam Kuda? Ava Vogel Berlatih Dari Kecil Untuk Buat Lompatan Seperti Kuda

Bayangkan, Maduners dari kecil berlatih untuk lompat seperti kuda? Bunyi macam pelik tapi ada individu yang buat perkara ini!

Ava-Vogel,-from-Edmonton,-Canada,-has-been-practising-jumping-for-six-years-and-trains-by-galloping-around-her-house

Sumber Gambar: expressdigest.com

Sudah hampir empat tahun, Ava Vogel yang berusia 16  memuat naik video ke Instagram dirinya yang melompat seperti kuda. Masa Madu tengok video Ava ini memang tergamam Madu dibuatnya sebab memang sama lompatannya dengan kuda! Terbeliak mata Madu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ava Vogel (@__jumping.like.a.horse__) on

Pada mulanya, Ava Vogel hanya rakam video dirinya dengan lompatan dua kaki sahaja, dan awalnya rintangan lompatan tersebut hanya kolam kanak-kanak, timbunan kotak yang tak tinggi dan kerusi.

 

Bila rintangan semua dah kelihatan mudah, pada bulan April 2017, Ava terus cabar dirinya dengan melompat sama kedudukan seperti lompatan kuda, kaki dan tangan kedua-dua di tanah dengan postur kuda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ava Vogel (@__jumping.like.a.horse__) on

“Saya akan menonton video sebenar lompatan kuda untuk melihat sendiri pergerakan haiwan berkenaan supaya aksi saya lebih semula jadi. Selepas itu saya akan cuba sesuaikan pergerakan dan lompatan kuda itu dengan kemampuan diri,”

 

Bayangkan berapa lama dan usaha yang diambil bagi memastikan pergerakannya dirinya nampak tulen yang mana Ava Vogel turut menjalani latihan kecergasan untuk membiasakan otot supaya mampu menahan impak lompatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ava Vogel (@__jumping.like.a.horse__) on

Madu tengok sekarang hampir setiap hari Ava Vogel akan muat naik video melompat dengan sempurna seakan kuda ke laman Instagramnya.

 

Usaha tangga kejayaan, hari-hari asah bakat sehingga sempurna!

Post a Comment