Percaya atau tidak, berat badan 193 kg boleh turun sehingga 87 kg! Gilakan?
Maduners tahu tak berat badan boleh memberi kesan dalam kehidupan seharian kita? Kurus ataupun gemuk, kedua-duanya sekali memberi kesan. Hari ni, Madu ingin menceritakan kisah seorang budak yang berjaya menurunkan berat badannya yang melebihi 100kg dan bagaimana ia memberi kesan kepada budak tersebut.
Lelaki yang bernama Arya Permana ialah seorang budak yang berasal dari Barat Jawa, Indonesia. Arya memiliki berat badan seberat 193kg sebelum ini dan pernah dikategorikan sebagai seorang yang paling berat di dunia.
Sumber Gambar: Catersnews
Pada awalnya, berat badannya sangat normal seperti budak budak yang lain. Akan tetapi, semuanya berubah apabila ibu bapanya memanjakan dia dengan memakan lebih. Setiap hari Arya boleh makan sebanyak 5 kali sehari.
Disebabkan berat badannya mendapat perhatian seluruh dunia, Ade Rai (seorang body builder dan fitness trainer) dari Indonesia datang untuk membantu Arya menurunkan berat badannya.
Ade bukan sahaja membantu Arya untuk menurunkan berat badannya malah Beliau juga memberi nasihat kepada ibu bapa Arya bahawa pentingnya untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan memberi motivasi untuk menyokong Arya menurunkan berat badannya, berdasarkan Jakarta Post.
Sumber Gambar: Radio Republik Indonesia
Selain dari menurunkan berat badan, Arya telah menjalani pembedahan Bariatric iaitu untuk mengecilkan saiz perutnya dan mengekang selera makannya. Kesan dari pembedahan tersebut, berat badan Arya turun mendadak dari 150 kg ke 87 kg.
Arya begitu gembira dengan kesan tersebut dan tidak berputus asa untuk menurunkan lagi berat badannya.
Oleh itu, pakar bedah mengesyorkan Arya untuk menjalani satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan kulit lebihan di lengan, dada dan juga perut Arya supaya Arya kelihatan sesuai dengan berat badannya.
Sumber Gambar: Mediaseruni
Perangai Arya yang sebelum ini kuat makan berubah. Arya menjadi seorang yang sangat disiplin dan juga bahagia kerana dia dapat merasai kehidupan normal seperti budak-budak yang lain. Dengan berat badannya yang semakin menurun, dia dapat mencapai impiannya untuk menjadi kurus dan juga bermain bola sepak.
Dengan impian yang tinggi, semuanya tidak mustahil. Macam mana Maduners, terharukan dengar kisah Arya? Oleh itu, Maduners jangan berputus asa untuk mendapatkan badan yang sihat. Jika Arya boleh, Maduners juga boleh!