Perfect Untuk Gegirl! Ini Dia 6 Tema Untuk Jadikan Instagram Korang Lebih Aesthetic. Lawa Gilerrr!
Siapa saja zaman sekarang ini tak pakai Instagram kan?
Tapi bila macam dah ramai sangat pakai Instagram, macam mana nak jadikan Instagram kita menarik daripada yang lain?
Iyalah takkan nak main letak saja gambar-gambar kita tanpa fikir tentang nilai aesthetic yang boleh wujud jika kita susun cantik-cantik feed Instagram kita, mana tahu ada peluang, pengikut meningkat dan boleh jadi influencer berjaya!
Nilai aesthetic bagi feed Instagram juga sangat penting untuk mereka yang menggunakan Instagram sebagai media sosial bagi menjalankan perniagaan online supaya menyerlah daripada Instagram yang lain.
Jadi Madu nak kongsi beberapa tema atau jenis feed yang Maduners boleh follow untuk jadikan feed korang lebih daboooomzzz.
#5 Tema White Border
Sumber Gambar: pinterest
Tema ini sangat popular masa awal-awal aplikasi Instagram dilancarkan, jadi Madu wajib masukkan tema white border dalam senarai ini!
Menggunakan border dan potongan yang berbeza pada feed Instagram Maduners kana menghasilkan lebih banyak ruang dan memisahkan gambar antara satu sama lain.
Menggunakan sempadan adalah salah satu susun atur Instagram terbaik untuk memberikan kesan penampilan yang bersih dan sederhana. Tetapi hati-hati Maduners, terlalu banyak campuran jenis potongan (crops) pada gambar akan menyebabkan feed kelihatan serabut.
#4 Tema Pink!
Sumber Gambar: pinterest
Tema Instagram Pink adalah tema feminin yang ceria tapi masih ada sisi kelembutan yang tersendiri sesuai untuk wanita! Tema ini memberi tumpuan kepada warna merah jambu dan putih.
Warna-warna ini biasanya terdapat pada bunga, makanan, fesyen, dan aksesori bergantung bagaimana cara Maduners mengambil gambar dan mengubah suai gambar tersebut.
Waktu Maduners menyusun feed Instagram dengan menggunakan idea warna pink, bagi memudahkan kerja, Maduners boleh gunakan VSCO untuk mencerahkan gambar dan menambahkan sedikit warna merah jambu pada highlight dan shadows di bahagian split toning tool.
Agak rumit tapi kalau rajin, mudah jerr, tambah-tambah kalau memang minat editing.
#3 Tema Teal & Orange!
Sumber Gambar: www.etsy.com
Untuk mendapatkan tema feed Instagram berwarna teal & oren ini, cari latar belakang yang mempunyai banyak warna oren, merah jambu, kuning dan biru. Ala-ala macam warna matahari sedang terbenam waktu senja! So chantikkkkk!
Sumber Gambar: apps.apple.com
Super tips! Alternatif mendapatkan latar warna ini jika Maduners tidak mempunyai latar warna teal dan oren sewaktu menangkap gambar, korang boleh menggunakan aplikasi seperti Lightroom yang memiliki kemampuan untuk mengedit warna!
Semasa edit menggunakan aplikasi Lightroom, pada bahagian hues pindahkan pointer dari merah ke arah oren dan kuning untuk mendapatkan warna oren seakan-akan sunset.
Sama jerr untuk warna teal, gerakkan rona dari biru ke arah warna aqua untuk mendapatkan warna teal. Naikkan saturation untuk oren dan aqua akan menjadikan warna-warna ini menyerlah dan memberikan kesan menarik pada gambar Maduners!
#2 Simple Tapi Ringkas, Tema Minimalist!
Salah satu tema favourite Madu!
Sumber Gambar: Pinterest
Walaupun tema minimalist mungkin kurang digemari sesetengah orang, yang Madu suka tentang tema ini adalah dia buatkan feed Instagram korang nampak bersih. Tenang jerr tengok yang buat feed Instagram guna tema ini.
Cara mudah untuk Maduners yang nak cuba tema minimalist ini adalah dengan cuba untuk mempamerkan satu subjek sederhana dan banyak ruang terbuka di sekitar subjek itu. Gunakan warna sederhana dan banyak ruang putih untuk menampakkan penampilan minimalist.
#1 Teknik Puzzle!
Sumber Gambar: www.buzzfeed.com
Kalau tengok sebagai single post, nampak pelik. Apabila dilihat sebagai feed sepenuhnya, memang WOW! Ada satu masa dahulu, memang ramai gilerrr pengguna Instagram yang berlumba-lumba untuk mendapatkan penampakan feed yang tersusun seperti ini.
Ada juga yang pening-pening nak post yang mana satu dahulu, untuk dapatkan feed yang sangat cantik.
Tengoklah, penyanyi terkenal Taylor Swift juga telah menggunakan konsep puzzle ini sebagai promosi album terbarunya iaitu Folklore!
Sumber Gambar: apps.apple.com
Korang rasa menarik? Nak buat juga? Aplikasi yang boleh digunakan ialah Griddy. Boleh muat turun aplikasi ini secara percuma! Barulah feed goals! Gitueee…
Haa, dah terkumpul banyak idea nak hias Instagram feed ini. Lepas ini, korang bolehlah hiasi feed, berinspirasikan idea daripada Madu ini. Barulah high-class Instagram feed korang!