Perjalanan Pulang Jururawat Ke Pangkuan Keluarga Di Tanah Air Undang Sebak Warganet! – Manis Madu
Perjalanan Pulang Jururawat Ke Pangkuan Keluarga Undang Sebak!

Perjalanan Pulang Jururawat Ke Pangkuan Keluarga Di Tanah Air Undang Sebak Warganet!

Akibat pandemik Covid-19, selain kita sebagai rakyat biasa terjejas dari segi ekonomi, mental, emosi dan lain-lain, tidak dinafikan tekanan luar biasa perlu ditempuh oleh petugas barisan hadapan.

 

Baru-baru ini, satu hantaran video kepulangan seorang jururawat mula tular di media sosial dan membuatkan ramai netizen terharu. Video berkenaan berjaya menjentik emosi mereka yang menontonnya serta mengundang sebak!

@trcyjntmyou made it, tracy ❤️♬ To the Bone – Pamungkas

Jururawat wanita berkenaan merupakan rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai jururawat di Singapura. Difahamkan, sudah dua tahun dia terkandas di sana dan tidak dapat pulang berikutan pandemik yang melanda dunia ini.

Goodbye Singapore

Melalui video berkenaan juga, wanita tersebut dilihat sebak dan seakan-akan tidak percaya dia akhirnya kembali pulang ke tanah air.

Singapore Malaysia

“Mulanya nak ambil video makan muffin yang mereka bagi. Tetapi saya akhirnya menjadi emosi. Memikirkan betapa saya bergelut selama dua tahun penuh bersendirian, tanpa kehadiran keluarga di sisi.

 

“Mengendalikan wabak sebagai frontliner bukanlah mudah. Macam tak percaya, akhirnya saya pulang ke rumah selepas semua yang saya lalui,” tulis keterangan dalam video tersebut.

 

Selain itu, ucapan “and to all Malaysian, welcome home” memberi impak mendalam berikutan situasi pandemik ini begitu dekat di hati semua orang.

 

Di akhir video tersebut, pemilik video, @trcyjntm mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil vaksin. Katanya, kerana mereka, akhirnya dia dapat pulang ke tanah air.

 

Reaksi netizen rata-rata turut terharu dan sebak dengan kepulangan jururawat ini. Kebanyakannya turut berkongsi rasa bahagia meskipun tidak mengenali antara satu sama lain.

 

Kini, wanita ini masih tidak dapat memeluk dan berjumpa dengan keluarganya kerana perlu kuarantin terlebih dahulu.

Post a Comment