Permintaan Ikhlas PM Bhutan Untuk Hari Lahir Raja Bhutan – Manis Madu

Permintaan Ikhlas PM Bhutan Untuk Hari Lahir Raja Bhutan

Perdana Menteri Bhutan, Dr Lotay Tshering telah meminta rakyat Bhutan untuk memelihara anjing liar dan juga menanam pokok sebagai tanda menghargai raja Bhutan.

Permintaan Perdana Menteri Bhutan tersebut adalah bersempena dengan hari lahir raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck pada 21 Februari baru baru ini.

 

Tindakan tersebut diterima baik oleh rakyat Bhutan kerana dilihat membantu menangani isu populasi anjing liar yang semakin meningkat melanda negara Bhutan.

Majlis sambutan menghargai hari kelahiran Raja Bhutan telah diadakan di stadium Changlimithang pada Jumaat yang lalu (22 Februari 2020) yang mana dihadiri oleh Dr Lotay Tshering sebagai tetamu khas.

 

Selain memberi ucapan hari lahir kepada Raja Bhutan, Perdana Menteri Bhutan, Dr Lotay Tshering juga turut mengumumkan beberapa program lain yang akan merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan dan teknologi menerusi laman Facebook beliau.

 

Negara Holland telah menjadi teladan kerana negara tersebut mengisytiharkan bahawa negara mereka tidak mempunyai isu dan mempunyai kosong populasi anjing liar.

Post a Comment