Pernah Berkhidmat Dengan Tunku Abdul Rahman, Mak Cik Salmiah Kongsi Resepi Rahsia!
Mesti Maduner tertanya-tanya siapa Mak Cik Salmiah ini kan? Haaaa!
Salmiah Md Isa ataupun lebih selesa disapa sebagai Mak Cik Salmiah yang kini berusia 69 tahun sebenarnya pernah berkhidmat dengan bekas perdana menteri pertama Malaysia iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman! Berkhidmat dengan bapa kemerdekaan? Wow!
Pada mulanya Mak Cik Salmiah berkhidmat sebagai pengasuh anak-anak Tunku dan juga menjadi pembantu tukang masak di dapur.
Kemudian setelah berjaya mendapat kepercayaaan sepenuhnya daripada Tunku, Mak Cik Salmiah berjaya mengambil alih tugas di dapur sepenuhnya.
Lebih 20 tahun berkhidmat sebagai tukang masak kepada Almarhum, sudah tentu Mak Cik Salmiah sudah tahu apa yang digemari oleh bekas perdana menteri pertama kita!
Jadi Mak Cik Salmiah pernah ceritakan beberapa hidangan kegemaran Tunku seperti sambal tumis sotong, ayam goreng berempah, udang goreng kunyit, rendang kambing dan beberapa hidangan berasaskan ikan juga menjadi kegemaran Almarhum Tunku.
Perkara yang baik mestilah dikongsi bersama betul tak? Dah cakap pasal hidangan kegemaran bapa kemerdekaan kita, mesti Maduners tertanya-tanya mengenai resepi pula! Jangan risau, sebab Mak Cik Salmiah nak kongsi resepi!
Mudah saja nak tahu resepi sebab sos Salam™ x Kuali dah berkolaborasi dengan Mak Cik Salmiah dan yang paling menarik beberapa resepi yang dikongsi adalah resepi yang digunakan untuk memasak hidangan untuk Tunku Abdul Rahman sendiri.
Mak Cik Salmiah akan sediakan 12 video berkongsi resepi menggunakan sos Salam™ dan 6 video sudah pun dimuat naik ke website Kuali, Maduners boleh tengok terus di sini.
Dengan sedikit twist daripada sos Salam™, Madu pasti hidangan yang Maduners masak akan setanding dengan masakan Mak Cik Salmiah yang pernah dirasai oleh tokoh negara kita.
Punyalah power sehingga Kicap Manis Pedas keluaran sos Salam™ merangkul anugerah ‘Superior Taste Award by the International Tastes Institute’ dari Brussels, Belgium. Bukan calang-calang produk!
Ayam Masak Merah, Udang Masam Manis, dan Sotong Cili Thai antara resepi yang dikongsi oleh Mak Cik Salmiah melalui portal masakan Kuali.
Tengok gambar makanan pun dah kecuh air liur kan? Apa lagi tunggu, shopping barang masakan, jangan lupa beli sos Salam™. Kalau nak tahu lokasi korang boleh dapatkan sos Salam™, klik je link ini!
Selamat Mencuba!