Persepsi dan Perspektif Hari Kekasih! – Manis Madu

Persepsi dan Perspektif Hari Kekasih!

Ramai Maduners mungkin tertanya-tanya jika Hari Valentine ini sepatutnya disambut ataupun tidak. Setengah cakap boleh dan setengah lagi cakap tak boleh. Kenapa lah agaknya yeah? Untuk mengetahui lebih lanjut, Madu ada sediakan artikel tentang perkara ini. Mari kita baca bersama-sama dan memahami istilah sambutan hari Valentine ini.

 

Hari Valentine diambil dari nama legenda St. Valentine. Banyak kisah St. Valentine yang boleh dikaitkan dengan hal cinta. Tetapi, sambutan ini tidak digalakkan untuk disambut oleh sesetengah agama. Ini kerana agama itu mempunya prinsip tersendiri untuk tidak menyambutnya.

 

Kebanyakan daripada Maduners mesti sudah tahu bahawa ada sesetengah daripada kita yang menyambutnya dan sebab mereka menyambutnya. Salah satu ialah untuk menghargai cinta terhadap pasangannya.

Ini ditunjuk dengan layanan yang agak special terhadap pasangan kekasih ataupun suami isteri anda. Ada yang belikan barang ataupun percutian. Ada pula yang memberikan time-off kepada pasangan mereka dan menghantar isteri mereka ke spa dan salon.

 

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang beragama Islam adalah tidak digalakkan untuk menyambut Hari Kekasih ini.

 

Hari Valentine bukanlah perayaan untuk seorang Islam, berdosa bagi mereka jika mereka menyambut sesuatu yang bukan sebahagaian dari perayaan Islam. Lagipun bukan kah kasih sayang antara satu sama lain sepatutnya diberi hari-hari dan bukannya untuk sekali dalam setahun.

Inilah pandangan Islam terhadap perayaan ini. Islam tidak menggalakkan orang Islam menyambutnya akan tetapi menghormati perayaan agama lain walaupun mereka tidak menyambut perayaan tersebut.

So kepada uols yang menyambut Hari Kekasih ini, have fun guys!! Show your LOVE to the one that matters.

Post a Comment