Pilih Pakaian Sesuai, 10 Tips Buat Yang Pertama Kali Jadi Sukarelawan Banjir!
Situasi pasca banjir memanggil lebih ramai sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan kawasan penempatan. Buat sukarelawan yang baru pertama kali turut serta dalam misi seperti ini, situasi pasca banjir sedikit berbeza.
Day 2 in Bentong. Thank you so much guyss sebab sudi volunteer hari ni. ada yang datang dari KL, Pahang, N9, Perak untuk turun padang. You guys are awesome! pic.twitter.com/91g6m7Mc7K
— Khairulaming (@khairulaming) December 22, 2021
Menurut seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @amaninanisa, dia ada berkongsi beberapa tips penting buat Maduners yang pertama kali join sukarelawan pasca banjir.
1. Bersedia Dari Segi Mental
Rumah yang terkena lumpur selut memang menghasilkan bau yang sangat tak best dan tak menyenangkan. Kalau tak biasa, ia agak sukar, so kena get ready mentally. Sebaiknya beli roll on aromatherapy yang minty dan sapu pada tisu untuk letak dalam face mask. Maduners akan rasa lebih selesa.
2. Pakai Kasut Yang Sesuai
Pakai boots atau sekurangnya kasut bertutup yang tapak tebal. Kehadiran haiwan berbisa seperti kala jengking, ular serta serangga memang banyak dalam air!
3. Sarung Tangan
Cari sarung tangan yang bersesuaian dan pakai sepanjang masa sewaktu melakukan kerja sukarelawan.
4. Baju Hitam
Digalakkan untuk pakai baju hitam terutama untuk perempuan sebab baju korang akan kotor dan basah ketika membersih. Baju berwarna cerah boleh jadi see through bila basah.
5. Seluar Yang Sesuai
Pakai seluar yang stretchy dan memudahkan korang untuk bergerak. Jeans tidak digalakkan sebab kalau seluar terkena air, akan menyukarkan pergerakan.
6. Haiwan Berbisa
Sebelum alihkan perabot, periksa dulu tanda-tanda haiwan berbisa. Ketuk atau tolak sedikit guna kayu atau penyapu.
7. Objek Berbahaya
Selalu dalam keadaan berjaga-jaga dan anggap semua perabot bercermin sebagai objek berbahaya! Kayu yang terkena air akan menjadi rapuh maka cermin tidak akan kukuh dan boleh jatuh bila-bila masa!
8. Hati-hati Benda Tajam
Kalau ada luka kena benda tajam dan sebagainya dapatkan suntikan tetanus untuk elak kancing gigi. Pantau luka korang, risau ada berlaku sebarang jangkitan.
9. Baju Extra
Sentiasa sediakan baju extra, energy bar dan air kerana korang memang tak akan sempat makan dan kerana itu juga kurang selera nak makan.
10. Untuk Haiwan Tercinta
Buat sukarelawan yang memilih untuk jaga haiwan atau jadi sukarelawan di tempat perlindungan haiwan dan tak ada pasir litter, alas sangkar dorang dengan surat khabar.
Apa-apa pun, safety first okay! Terima kasih buat semua sukarelawan yang sumbang tenaga untuk bantu mereka pasca banjir ini. Semoga urusan korang dipermudahkan!