PKP Dan Darurat Dua Perkara Yang Berbeza! Rupanya Masih Ramai Yang Keliru – Manis Madu
Roadblock-Malaysia

PKP Dan Darurat Dua Perkara Yang Berbeza! Rupanya Masih Ramai Yang Keliru

Permulaan tahun 2021 yang kurang baik Madu boleh katakan apabila satu-persatu bencana menimpa dunia.

 

Antaranya banjir buruk di Malaysia, tragedi pesawat Sriwijaya Air terhempas di Indonesia, rusuhan di US dan terkini beberapa buah negeri di Malaysia sekali lagi perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kes harian Covid-19 makin tinggi setiap hari!

Negara kita dikejutkan dengan pengisytiharan Perutusan Khas Perdana Menteri tentang Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada hari Isnin (11/1/2021). Perintah tersebut berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam Rabu hingga 26 Januari melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Manakala negeri-negeri lain perlu menjalani PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Tak cukup dengan itu, secara mengejut pada hari Selasa (12/1/2021), ada pula Pengumuman Khas Darurat daripada Perdana Menteri. Persoalan Madu sekarang, dah laksana PKP, PKPB dan PKPP tapi kenapa perlu ada Pengumuman Darurat pula?

Haaa perkara ini mungkin buatkan Maduners kurang jelas dan masih keliru!

 

Apa itu PKP? Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia untuk membendung penularan pandemik Koronavirus (COVID-19) bermula 16 Mac 2020 tahun lalu. Ingat tak tempoh berkurung kita tahun lepas? Haaa itulah PKP!

 

Antara kaedah perlaksanaan PKP ialah:

  • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing dalam negara
  • Penutupan semua institusi pendidikan
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara

 

Bermakna, selama dua minggu, rakyat di negeri terlibat tidak boleh keluar rumah, perlu bekerja dari rumah sahaja, institusi pendidikan ditutup dan lain-lain.

Manakala, Darurat mengikut penjelasan Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz bemaksud sesuatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi, dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan Darurat pula adalah atas perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong melalui sesuatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

 

Ada dengar tak ura-ura Pilihanraya Umum (PRU) nak diadakan? Maduners bayangkan jika pihak tertentu berkeras mahukan PRU dilaksana, tak ke haru biru Malaysia? Dengan situasi Covid, banjir dan lain-lain, bertambah kacau nanti!

 

Maka, inilah fungsi Darurat yang diumumkan Perdana Menteri berkuatkuasa 11/1/2021 hingga bulan Ogos tahun ini. Terdapat tiga asas atau alasan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat iaitu jika negara mendapat ancaman ke atas:

 

  1. Keselamatan negara; atau
  2. Kehidupan ekonomi; atau
  3. Ketenteraman awam

 

Haa, so korang tak perlu panik kerana darurat yang diumumkan bukan beerti perintah berkurung atau pemerintahan tentera. Kita semua masih boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.

 

Cumanya, parlimen digantung supaya usaha memerangi Covid-19 dapat dijalankan tanpa gangguan ahli politik dan tiada pilihanraya dijalankan sepanjang tempoh darurat. Tahu kan, kesan PRN Sabah tahun lepas? Jangan sampai pisang berbuah dua kali!

 

Madu harap dengan perkongsian ini, Maduners tidak keliru lagi antara PKP dan Darurat. Kedua langkah ini dilaksanakan demi kesejahteraan kita semua juga. Be positive and stay safe ya gais!

Sumber Featured Image: MKN | Bernama

Post a Comment