Pramugari Rajin Kerja Di Ladang Sawit, Bendang, Ada Tawarkan Mas Kahwin RM50,000 – Manis Madu
Pramugari Rajin Kerja Di Ladang Sawit

Pramugari Rajin Kerja Di Ladang Sawit, Bendang, Ada Tawarkan Mas Kahwin RM50,000

Wanita yang biasanya bekerja yang ringan kerana keterbatasan tenaga berbanding lelaki amatlah difahami oleh semua orang.

@cheal20Dad’s Palm oil plantation🤗 Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat krja dorg sementara✌🏻😁 ##kampung ##fypシ♬ original sound – LAL💋💋

Tetapi apa yang menariknya seorang gadis yang sebelumnya bekerja sebagai pramugari kini bekerja sebagai pemunggut sawit yang membantu keluarganya!

Gadis yang berasal dari Keningau, Sabah ini mendapat perhatian ramai netizen setelah video dan gambar tentang dirinya mengangkat sawit yang berat viral di Twitter.

 

Dengan tubuh tinggi lampai dan langsing, gadis yang dikenali sebagai Rachel itu membuktikan kudrat wanita amat luar biasa!

 

Madu dengar ramai jejaka yang terkesima dengan kemampuan Rachel hingga ada mengusiknya sanggup membayar mas kahwin sebanyak RM50,000!

 

Gadis atau sumandak dalam loghat Sabah ini membuat ramai terpegun apabila beliau berkongsi video pendek di TikTok dengan captionDad’s Plam oil plantation. Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat kerja dia orang sementara‘mendapat hampir 25,000 likes dan hampir 3,000 comment!

@cheal20Done for today. Sakit pingang sdh😂 ##kampung♬ original sound – Rachel

Tidak hanya sibuk membantu di ladang sawit, si cantik itu juga rajin menolong di bendang melalui perkongsian video yang dimuat naik baru-baru ini.

 

Sejurus video dan perkongsian Rachel viral, netizen turut bersetuju sumandak Sabah memang rajin!

 

Madu bangga dengan apa yang dilakukan Rachel dan Madu rasa Rachel memang patut dipuji dan boleh dijadikan contoh bukan hanya kaum hawa tetapi kaum adam juga!

Post a Comment