Rakyat Korea Anggap Netflix Bosan! Jumlah Langganan Terus Menurun Sepanjang Tahun Di Korea
Di alaf baru ini, platform digital sudah semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terutama dalam bidang hiburan.
Netflix merupakan antara pilihan utama rakyat Malaysia untuk melanggan filem atau drama kegemaran mereka. KDrama salah satu siri yang hits!
Selain filem atau drama Korea, terdapat pelbagai kandungan menarik yang lainnya sebagai tontonan.
Cari jerr nak tengok apa, hampir semuanya tersedia di Netflix!
View this post on Instagram
Namun lain pula kisahnya bagi warganegara Korea yang mana platform Netflix di negara itu mencatatkan jumlah penurunan langganan setiap tahun!
Ini berikutan beberapa ciri-ciri Netflix yang dikatakan tidak menepati citarasa rakyat Korea.
Laporan mengatakan, rata-rata netizen Korea menyifatkan platform itu sebagai sebuah platform yang membosankan serta kandungan yang ditayangkan dikatakan kandungan ‘murahan’ dan kandungan yang membosankan!
“Terlalu banyak sekatan, terlalu banyak kandungan murahan dan ia membosankan. Saya dah bertukar ke platform lain,”
“Ia (Netflix) semakin membosankan, saya betul-betul perlu berhenti melanggan,”
Sebahagian daripada mereka pula mengatakan Netflix tidak mempunyai kandungan yang mereka ingin dan akhirnya mereka akan mengulang tonton kandungan yang sama.
“Netflix ada segalanya tapi tidak ada apa yang saya nak tengok,”
“Saya mengambil masa 30 minit mencari kandungan menarik untuk ditonton namun pada akhirnya ulang tonton benda yang sama sahaja,”
“Ia seperti kedai buku yang kamu akan kunjungi setiap masa hanya kerana mereka menyediakan kopi yang bagus tetapi tiada apa untuk dilihat kerana ia selalu benda yang sama, mungkin kulit luaran yang berbeza,”
Netizen Korea juga menjangkakan angka langganan akan terus menurun dari masa ke masa.
Sumber Gambar: Netizen Buzz