Rakyat Takut Guna Tandas Awam, Jepun Cipta Hi Toilet!
Statistik menunjukkan 60% pengguna di Jepun menekan pam tandas dengan kaki dan 50% membuka pintu dengan tisu dalam situasi pandemik ini. Individu yang menggunakan tandas awam semakin takut untuk memegang permukaan yang berkemungkinan mempunyai bakteria dan virus.
Tidak menunggu lama, penyelesaian kepada masalah tersebut dikeluarkan dengan memperkenalkan teknologi kawalan suara pada tandas.
Hi Toilet ialah sebuah tandas awam yang dibuka sempena Sukan Olimpik Tokyo. Membuka pintu, menutup pintu, mengawal paip membasuh punggung, mengepam tandas, membuka paip air dan mengawal lagu latar belakang tandas kesemuanya boleh dilakukan hanya dengan kawalan suara!
Terdapat kod QR pada alat kawalan tandas yang boleh diimbas pengguna. Kemudian sistem tandas dikawal terus dari telefon pintar menggunakan suara atau menu yang diberikan. Hi Toilet menempatkan satu tandas duduk mesra OKU dan dua urinal untuk membuang air kecil.
Selain rekaan nirsentuh atau tidak disentuh, sistem pengudaraan semula jadi juga digunakan bagi mengitar semula udara di dalam ruang tandas berbentuk bulat. Jika anda di Tokyo, Hi Toilet boleh digunakan di Taman Nanago Dori.
Sumber Gambar: Tokyo Toilet Japan