Rancangan Televisyen Terkenal, The Ellen Show Jemput Nur Sajat?
Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, mendedahkan bakal muncul dalam program bual bicara popular Hollywood, The Ellen Show, Januari 2022.
Pengumuman itu dibuat menerusi akaun TikTok miliknya, baru-baru ini.
@sajat.issaBulan 2 Sajat terbang ke singapore♬ original sound – sajat.issa
Menerusi video berdurasi 44 saat itu, Sajat, 36, yang berada di Australia sejak 18 Oktober lalu berkongsi perancangan pemergiannya ke Los Angeles dan disusuli Singapura bagi menjawab soalan pengikutnya.
“Saya akan ke AS (Amerika Syarikat) pada Januari, kemudian barulah ke Singapura pada Februari, tahun depan.
“Saya diundang untuk temubual menerusi program bual bicara Hollywood, The Ellen Show.
“Saya juga sudah mula pandai bercakap orang putih. Jadi, saya akan terbang, terbang dan terbang (sibuk), itulah kerja saya,” katanya sambil ketawa.
Ellen DeGeneres Show – The Ellen Show
Andai jemputan itu diterima, Sajat adalah individu kedua dari Malaysia yang ditemubual hos tersohor, Ellen DeGeneres selepas bintang Crazy Rich Asian, Henry Golding.
View this post on Instagram
Menerusi carian, rancangan The Ellen Show kini sudah berada pada musim terakhir selepas bersiaran sejak 2003 manakala episod finale dijangka sekitar musim panas tahun depan iaitu pertengahan 2022.
Terdahulu, ahli perniagaan sensasi itu berhijrah ke Australia selepas mendapat suaka politik selain difahamkan sudah menjual perniagaannya di sini bagi memulakan hidup baharu.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.
Dia dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.
Sajat kemudian menghilang dan dikesan melarikan diri ke Thailand namun, pada 8 September lalu, dia ditahan pihak imigresen negara itu kerana memiliki passport tidak sah.