Raya Dah Dekat! Ikuti Tips Mudah Untuk Membuat Kuih Raya
Bulan Ramadhan dah dekat, selepas tu muncul lah Syawal dan seperti biasa ramai yang akan sibuk dengan persediaan untuk menyambut Hari Raya yang meriah.
Apa yang anda semua selalu sediakan untuk menyambut Hari Raya nanti? Seperti biasalah antara benda yang mesti dibuat adalah membuat kuih Raya. Ikuti tips di bawah ini untuk menolong anda dalam menyediakan kuih Raya anda.
Telur
Gunalah telur yang bersesuaian dengan apa yang korang nak sediakan. Telur Gred A sesuai untuk kek dan telur gred B untuk membuat biskut. Ini adalah disebabkan telur yang besar sesuai untuk membuat kek, agar doh anda tidak terlalu keras nanti.
Gula
Pastikan gula yang digunakan untuk dicampur ke adunan adalah gula halus atau yang sudah hancur. Ini sangat sesuai terutamanya jika anda mengadun menggunakan tangan.
Tepung
Jika anda mengadun tepung, ingat adun dalam kelajuan rendah dan masukkan bahan cecair secara berselang-seli.
Butter
Jika adunan anda mempunyai butter, pastikan butter disimpan di tempat yang bersuhu bilik. Butter yang baru dikeluarkan dari peti sejuk akan mengambil masa yang lebih lama untuk anda adun.
Oven Cake
Jika anda membakar kek, pastikan setelah dikeluarkan dari oven kek tersebut dibiarkan selama 40 – 45 minit sebelum dikeluarkan dari loyang atau bekas kek.
Selamat mencuba!