Resipi Udang Buttermilk Sarang Telur! Menu Ringkas Rasa Mewah – Manis Madu
Resipi Udang Buttermilk Sarang Telur! Menu Ringkas Rasa Mewah

Resipi Udang Buttermilk Sarang Telur! Menu Ringkas Rasa Mewah

Ada tak pencinta seafood di sini? Terutamanya udang! Sebab hari ini Madu nak kongsi resipi Udang Buttermilk Sarang Telur dengan Maduners. Resipi ini simple dan tak perlukan banyak bahan tapi dijamin sedap!

patrik-kay-jdtkZO_jQOU-unsplash (1)

Bahan-bahan untuk Sarang Telur:

  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter
  • 1senduk minyak masak
udang 2 (1)

Cara-cara:

  1. Mula-mula, pukul kuning telur. Panaskan butter dengan minyak masak. Bila minyak dalam kuali dah betul-betul panas, pusingkan minyak dengan senduk berbentuk bulatan sehala dengan laju. Jangan berhenti ya. Oh ya, satu lagi, untuk buat sarang telur ini, Maduners kena guna senduk bulat.
  2. Kemudian, tuang kuning telur tadi ke dalam kuali. Tips! Tuang telur itu agak sedikit tinggi ya supaya telur jatuh dalam kuali halus jerr. Dalam masa yang sama, maintain jerr pusing minyak dengan senduk laju-laju dan tuang telur sampai habis.
  3. Jangan berhenti pusing senduk sampai telur itu masak dan berwarna keemasan.
  4. Bila dah masak, tuang telur dalam tapis besi untuk toskan minyak. Done! Okay, jom kita siapkan udang pula.

Bahan untuk Udang Buttermilk:

  • 500gm ekor udang
  • 3-4 ulas bawang putih – dicincang
  • 6-8 tangkai cili padi – hiris
  • 4 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair
  • Butter
  • Gula
  • Garam
  • Lada sulah
  • Serbuk lada sulah
  • Minyak
bahan (1)

Cara-cara:

  1. First, Maduners goreng dulu udang yang dah digaul dengan garam dan lada sulah hingga berubah warna dan masak. Pastikan jangan goreng terlalu lama ya. Kita tak nak udang itu terlebih masak.
  2. Bila udang dah masak, panaskan butter dalam kuali, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sampai garing dan naik bau. Part ini memang best sebab bau tumisan harum semerbak!
  3. Selepas itu masukkan susu cair dan biarkan dia mendidih seketika. Kemudian terus masukkan udang yang sudah digoreng tadi, tambahkan juga sedikit serbuk lada sulah, gula dan garam secukup rasa. 
  4. Bila semua dah masak, masuk dalam pinggan dan tabur sarang atau floss telur yang dibuat tadi. Taraaaa, dah siap untuk dihidang!

Tip Sebelum Cuba Resipi Ini!

udang 2 (1)

Sedikit tips untuk Maduners yang nak cuba resepi ini:

 

  1. Boleh juga letak telur dalam plastik dan buat lubang yang kecik atau letak dalam acuan roti jala untuk lebih senang tuang ke dalam kuali supaya lebih halus.
  2. Sentiasa kacau minyak secara membulat dengan senduk ketika tuang telur dalam minyak supaya sarang telur jadi halus dan cantik.
  3. Jangan goreng udang terlalu lama untuk elakkan udang keras dan liat. Rupa pun kurang menarik.

 

Haa, senang kan resipi ini? Maduners boleh juga ganti udang dengan benda lain. Contohnya nak guna sotong, ketam atau ayam pun boleh. Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment