“Resume Yayang Saya”, Pelajar Kantoi Forward E-Mel Undang Ketawa Netizen
Resume merupakan antara perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum memohon mana-mana pekerjaan. Bukan itu sahaja, bagi memohon tempat untuk latihan industri atau praktikal juga memerlukan resume.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @nikakmal00 ada memuat naik satu tangkap layar mengenai satu permohonan resume untuk menjalani latihan industri oleh seorang pelajar.
“Resume yayang saya”
🤣🤣🤣
Buat kerja tak clean, captured in 4k. Jangan amalkan. Impression tak bagus. pic.twitter.com/wtsaeHajTF
— Nik Akmal (@nikakmal00) February 22, 2022
Apa yang menjadi perhatian warganet adalah apabila pelajar itu secara tak sengaja ‘terforward’ bersama mesej daripada kekasih hati.
“Nah yayang resume yayang. Kalau ada penambahbaikan sila bagitahu saya ye. Hehe, I love you yayang. Muah!” isi dalam tangkap layar tersebut.
Menerusi ciapan tersebut, pelajar ini mungkin terlepas pandang menghantar forward message daripada ‘Yayang’ itu sekali bersama e-mel kepada HR syarikat yang ingin menjalani latihan industri.
Tambah Nik, kesilapan kecil seperti itu sepatutnya dielakkan oleh pemohon ketika membuat permohonan kerja atau permohonan penempatan latihan industri kerana memberi tanggapan dan persepsi kurang baik daripada bakal majikan.
Meninjau ke ruangan komen, hantaran ini membuatkan ramai netizen terhibur dan tidak kurang juga yang menitipkan pesanan buat pemohon supaya lebih profesional dalam urusan rasmi.
“Dalam dunia kerja, email ni medium komunikasi paling utama dan rasmi. Zaman sekarang, ramai yang baru masuk pasaran kerja biasanya jarang guna email. Majoriti, selesa guna Whatsapp. Jadi kesilapan reply forward message, penggunaan CC, BBC dan lain-lain memang biasa,” komen @ajaiijawe.
“Sebagai orang yang terlibat dengan kerja HR, pernah terima resume/cv (via email) macam ni. Kalau calonnya bagus, panggil iv. Terima atau tak; lepas habis iv saya kepilkan side note letak smiley atau sedikit teguran sebagai rujukan calon tu. Biasa la tu, anak muda,” tambah @huddakhalessi.