Rimas Rambut Panjang! Nak Potong Rambut Pendek, Kena Ukur Bentuk Muka Dulu?
Bagi segelintir wanita, memiliki potongan rambut pendek lebih disukai dan selesa buat mereka. Selain senang diurus, rambut pendek juga boleh digayakan dengan pelbagai gaya menarik.
Siapa cakap rambut panjang jerr boleh buat style menarik?
Bentuk Muka
Eh, sebelum Maduners bayangkan gaya potongan rambut pendek menarik untuk dicuba, Maduners kena pastikan dulu bentuk muka korang bersesuaian untuk menggayakan potongan rambut pendek.
Jom kita belajar cara mudah untuk mengetahui samada bentuk muka sesuai atau tidak untuk menggayakan rambut pendek!
Apa yang perlu disediakan adalah dua batang pensel dan pita pengukur.
Cara-caranya:
- Letakkan pensel yang pertama di bawah dagu.
- Kemudian, letakkan pula pensel yang kedua di hujung pangkal telinga.
- Ukur jarak antara hujung pangkal telinga hingga ukuran pensel di bawah dagu tadi.
- Jika jaraknya melebihi 2.25, maka potongan rambut panjang lebih sesuai dengan Maduners. Jika jaraknya kurang daripada 2.25, maka potongan rambut pendek lebih sesuai dengan Maduners.
Senang jerr kan nak tahu samada bentuk muka kita ini sesuai tak nak gayakan potongan rambut pendek. Selamat mencuba Maduners!