Rizalman Umum Bersara Dari Dunia Fesyen
Kolaborasi yang hangat dibicara di media sosial iaitu Konsert Kesuma Jiwa oleh pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim bersama Zalora dan menampilkan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah.
Meluangkan lebih masa
Datuk Rizalman berkata punca utama beliau bersara adalah untuk meluangkan lebih masa dan bersedia mempersiapkan diri untuk kemudian hari menghadapi Yang Maha Esa.
Beliau juga berkata berita mengejut pemergian rakan-rakan industri seni memberikan satu keinsafan pada diri beliau.
Konsert Kesuma Jima
Namun, sewaktu pementasan Konsert Kesuma Jima, Datuk Rizalman Ibrahim dilihat berjaya menyampaikan serta memartabatkan ciri melayu klasik di Konsert Kesuma Jiwa.
Mengabungkan elemen fesyen, nyanyian, koir, orkestra dan juga penari merupakan tindakan berani oleh Datuk Rizalman kerana gabungan ini masih baru dan jarang dilakukan di Malaysia. Turut hadir memeriahkan pementasan Kesuma Jiwa ialah Hael Husaini, Sherry Alhadad dan juga Koir Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat sebagai penampilan khas.