“Rosak Nama Komuniti Weh!” Ramai Kecam Kelibat Cosplay Watak Tidak Senonoh
Tular di media sosial baru-baru ini tentang sebuah cosplay event yang dijalankan di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Para peminat animasi Jepun tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara ini.
Namun, berita yang kurang enak sepanjang berlangsungnya acara ini adalah dikhabarkan terdapat beberapa individu yang ‘terlebih berani’ memilih cosplay yang berunsur lucah untuk dipakai di hari tersebut.
Apa yang menjadi kebimbangan orang ramai adalah acara berkenaan merupakan acara umum dan pengunjung yang hadir dari pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak.
“Apa salahnya nak cosplay, asalkan tak kacau hidup orang lain” pic.twitter.com/OQCBpHCY2c
— Melayu Rasional 🇲🇾 (@rationalmalay) May 16, 2022
“Hi, ni public event. Jangan pose macam ni, very inappropriate and tak ada common sense langsung!! Cosplay event dulu-dulu kat Malaysia tak ada orang macam korang ni,” tulis luahan dalam tangkap layar yang dimuat naik itu.
“Buruk nama komuniti weh. Nak pakai macam ni pergi la kelab malam. Event dah bagi guideline minta pakai sopan dan tak revealing/seksi sebab ni event dalam mall, tempat awam,” komen dalam satu lagi tangkap layar.
Rata-rata tidak berpuas hati dengan aksi yang dikatakan mencemarkan nama komuniti dan membuka ruang untuk acara seperti itu dikecam oleh masyarakat.
“Yang betul-betul kaki anime pun malu tengok. Dekat mall kot, tempat awam. Banyak watak lain boleh cosplay, nak jugak pilih yang tak senonoh,” komen @ahirulahirudin
“As cosplayer myself, I don’t agree to this. Perangai macam ni merosakkan image cosplayer lain juga. Tak pasal-pasal semua cosplayer kena cop tak ada adab. Cosplay is an open public event tapi ni hadeh….” tambah @just_me_yuri
Mengetepikan isu kontroversi tersebut, hanya segelintir yang membuat ‘perangai’ ketika acara tersebut berlangsung kerana lebih ramai yang melakukan cosplay dengan baik dan sangat bagus!
Contohnya seperti dibawah dua individu yang melakukan cosplay Kamisato Ayato dan Yae Miko daripada Genshin Impact dengan sangat menarik! Ini baru betul cosplay! Luvvv!