Rupanya Nama Anak Tak Wajib Letak ‘Bin-Binti’, Wanita Ini Kongsi Sebabnya! – Manis Madu
Rupanya Nama Anak Tak Wajib Letak ‘Bin-Binti’, Wanita Ini Kongsi Sebabnya!

Rupanya Nama Anak Tak Wajib Letak ‘Bin-Binti’, Wanita Ini Kongsi Sebabnya!

Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan nama masyarakat Melayu di Malaysia perlu letak ‘bin’ atau ‘binti’ beserta nama bapa. Kalau dulu mungkin tak jadi isu tapi nama anak-anak sekarang makin moden dan makin panjang!

 

Bayangkan, nama anak sahaja sudah tiga suku kata, ditambah pula ‘binti’ beserta nama bapa dengan beberapa suku kata, makin panjang jadinya. Ruang untuk tulis nama pun tak muat!

 

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter ada meluahkan persoalan, kenapa kebanyakan orang Melayu suka letak nama anak panjang-panjang. Dari itu, timbul pula persoalan adakah wajib bagi mereka yang beragama Islam meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak.

Seorang netizen yang membalas di ruangan komen berkata, boleh untuk tidak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak tetapi perlu tulis surat rayuan semasa daftar kelahiran. Dia juga berkata, semua anak-anaknya tidak ada ‘binti’ pada nama mereka.

 

Wanita itu juga turut berkongsi satu tangkap layar menunjukkan sebab-sebab kenapa penggunaan ‘binti’ sebenarnya tidak wajib digunakan.

bin binti (1)

Berkenaan isu ini, pelbagai pendapat serta hujah yang keluar daripada netizen bahkan ada juga daripada mereka berdebat sesama sendiri mempertahankan pendapat serta pegangan masing-masing. Ada yang bersetuju untuk tidak meletakkan ‘binti’ pada nama tidak kurang juga yang membantah.

Post a Comment