Sajat Akhirnya Mengaku Tukar Jantina. Keluar Kenyataan Alami Depresi Dan Mahu Keluar Islam? – Manis Madu
Sajat Akhirnya Mengaku Tukar Jantina

Sajat Akhirnya Mengaku Tukar Jantina. Keluar Kenyataan Alami Depresi Dan Mahu Keluar Islam?

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat pasti tahu tentang isu yang hangat diperkatakan tentang dia sekarang.

NurSajat

Sumber Gambar: Facebook

Awal minggu ini Sajat menerusi perkongsian di IGTV Instagram miliknya, menceritakan perkara yang berlaku ke atas dirinya berkait isu digari pegawai JAIS sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.

NurSajat

Difahamkan, penahanan tersebut dilakukan kerana satu laporan telah dibuat pada 23 Ogos 2018 kepada Sajat kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Sekysen 16 Shah Alam dan siasatan telah dilakukan. Namun, Sajat menjelaskan bahawa dia telah menerima layanan tidak wajar walaupun telah memberi kerjasama dengan pihak JAIS.

 

Ekoran perkara itu, Sajat juga berkongsi dirinya mengalami kecederaan dan mengalami bengkak di bahagian tangan dan badan kerana bergelut mempertahankan diri setelah mendakwa pihak JAIS sengaja melengahkan proses surat jaminan.

 

Pihak JAIS juga berkata telah mengambil maklum berhubung video tular yang dirakam Sajat ketika proses siasatan dilakukan pada 6 Januari lalu.

 

Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995 berikutan tindakannya di Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada tahun 2018 dan 2020.

NurSajat_Brown Contact Lens

Sumber Gambar: Facebook

Terbaru, Sajat dikatakan telah membuat pengakuan mengenai status jantinanya setelah sekian lama berdalih daripada mengakui tentang perkara tersebut.

 

“Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman… walaupun kau tu ID (MyKad) lelaki tetapi anggota badan wanita. Kau tetap lelaki, lelaki berdasarkan ID tetapi cara hidup kau semua adalah wanita!

 

“Aku dah perempuan… kemaluan aku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku manusia tak sempurna, aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri!” tulisnya menerusi posting di Instagram pada Rabu.

 

Sajat juga meluahkan rasa kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan transgender sepertinya sehinggakan dia merasa mahu keluar dari Islam.

Post a Comment