Salah Diet Wanita Koma 15 Hari, Risiko Lumpuh! – Manis Madu
Salah Diet Juwita Bahar Koma 15 Hari

Salah Diet Wanita Koma 15 Hari, Risiko Lumpuh!

Pengamalan diet adalah penting bagi semua orang bagi mengekalkan kesihatan yang sihat dan fit. Tapi, biarlah diet yang betul mengikut nasihat pakar.

Jika tidak, buruk padahnya seperti yang apa terjadi kepada seorang wanita yang mengamalkan nasihat yang salah ini.

 

Wanita tersebut dikenali sebagai Juwita Bahar, 24, seorang penyanyi dangdut Indonesia yang berkongsi kisah sedihnya melawan penyakit sehingga doktor mengatakan dia mungkin akan mengalami lumpuh.

 

Kisah ini berkisar ketika Juwita berusia 10 tahun yang mengalami penyakit yang menyerang otaknya, jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Kereta Malam itu.

 

Kesinambungan dari penyakit itu, Juwita terlantar koma di hospital selama 15 hari yang disebabkan oleh diet yang ketat dan mula mengalami gastrik.

“Saya tidak tahu apa yang dikatakan doktor. Doktor menyatakan saya menghidap barah otak atau virus otak, apa pun mengenai otak. Tetapi saya juga tidak pasti meningitis atau bukan”.

 

“Doktor turut mengatakan peluang untuk bertahan hidup adalah 50:50. Jadi jika saya sihat, saya akan lumpuh,” luahnya.

 

Menurut Juwita lagi, beliau merasa sedih kerana membuat ibu dan ayahnya, Annisa Bahar dan Memo Sanjaya panik dan terpaksa menjaganya sepanjang tempoh koma tersebut.

 

“Saya berasa seperti bayi setelah bangun daripada koma. Terpaksa belajar lebih banyak mengenai pergerakan, kaki dan kepala. Saya tidak menjalani rawatan khas”.

 

“Saya tinggal di rumah dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah ia pulih,” katanya.

 

Untuk pengetahuan Maduners, Juwita juga sedar akan dimana punca sakit yang menyerang otaknya sehingga membuatnya koma dan hampir lumpuh itu adalah kesan sampingan dari diet salah yang dipraktisnya.

 

“Saya amalkan diet kurangkan karbohidrat dan protein semasa saya mempunyai tekanan darah tinggi.

 

“Oleh itu, ketika saya dibawa ke hospital, tekanan darah tinggi saya sehingga 180. Alhamdulillah, saya sembuh dan kembali menjadi Juwita,” jelasnya.

 

Jadi, pesan Madu buat semua Maduners di luar sana, amalkanlah diet yang sihat serta sila dapatkan nasihat pakar jika memerlukan. Stay healthy!

Post a Comment