Sambutan Krismas Tinggal Beberapa Hari Lagi, WHO Cadang Semua Acara Krismas Dibatalkan? – Manis Madu
Sambutan Krismas Tinggal Beberapa Hari Lagi, WHO Cadang Semua Acara Krismas Dibatalkan_

Sambutan Krismas Tinggal Beberapa Hari Lagi, WHO Cadang Semua Acara Krismas Dibatalkan?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan semua acara sepanjang sambutan Krismas dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 varian Omicron di seluruh dunia.

 

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ia adalah langkah sementara untuk kembali kepada keadaan normal.

 

Beliau berkata, pemimpin, pemerintah dan individu harus membuat keputusan sukar itu untuk melindungi diri sendiri dan orang lain memandangkan penularan Omicron sudah berganda di kebanyakan negara.

 

“Semua orang sudah muak dengan pandemik ini. Semua orang mahu meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Semua orang mahukan hidup kembali normal.

 

“Jalan termudah ialah pemimpin dan individu perlu membuat keputusan sukar untuk melindungi diri dan orang lain. Ia juga bermakna membatalkan dan menangguhkan semua majlis.

rod-long-a8dzCkk-SGE-unsplash (1)

“Tangguhkan sambutan daripada berduka. Tidak ada orang mahukan ia berterusan sepanjang 12 bulan akan datang. Semua negara perlu beri lebih tumpuan sekarang untuk menamatkan pandemik ini,” katanya pada satu sidang media di Geneva.

 

Memandangkan Tahun Baru semakin hampir, Dr Tedros berkata pihaknya mengakui bahawa semua orang mahu meluangkan masa bersama rakan dan keluarga dan menjalani kehidupan normal semula.

 

Beliau turut mengkritik sesetengah negara yang memberikan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada golongan muda sedangkan warga emas di negara miskin masih belum diberi vaksin.

 

Sehubungan itu, Dr Tedros menggesa dunia terus bersatu dan membuat keputusan sukar yang diperlukan untuk menamatkan pandemik Covid-19 tahun depan.

 

“Tahun 2022 kita mesti menamatkan pandemik ini. Namun, untuk kembali normal, kita perlu melindungi diri kita sekarang kerana kes jangkitan varian Omicron merebak dengan pantas, meningkatkan jangkitan virus itu di lebih 87 negara,” katanya.

Post a Comment