Scammer Menyamar Jadi Pekerja J&T, Wanita Hampir Bagi Nombor Kad Pengenalan – Manis Madu
Scammer Menyamar Jadi Pekerja J&T, Wanita Hampir Bagi Nombor Kad Pengenalan

Scammer Menyamar Jadi Pekerja J&T, Wanita Hampir Bagi Nombor Kad Pengenalan

Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang wanita memaklumkan dia hampir ditipu apabila mendapat panggilan kononnya daripada syarikat pengeposan menyatakan terdapat parcel yang belum dituntut.

Gadis itu berkata, dia mula merasa pelik kerana dia mengetahui semua pergerakan parcelnya dan tiada satu pun yang sangkut. Lebih aneh apabila orang yang menelefon itu meminta nombor kad pengenalannya.

 

But it felt fishy so I refused. Pastu dia “bodoh” kan I and hung up. Is this a new type of scam?” tulis wanita itu.

 

Wanita itu juga berkongsi modus operandi scammer itu dan meminta agar semua orang berhati-hati jika mendapat sebarang panggilan.

Tambah wanita itu lagi, pengalaman dia bekerja dengan syarikat kurier itu membolehkan dia tahu serba sedikit tentang prosedur syarikat berkenaan. Menurutnya, sangat jarang pihak kurier menelefon pelanggan untuk meminta pelanggan menuntut parcel.

 

You yang kena kejar courier to reattempt delivery. Apa lagi J&T with the largest volume now. Mana ada masa nak call kita,” ujar wanita itu.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana berkongsi perkara sedemikian untuk tujuan berjaga-jaga.

 

Selain itu, terdapat seorang wanita yang turut berkongsi kejadian yang sama yang mana dia menerima panggilan tetapi daripada syarikat Pos Laju.

 

Perkara itu juga disahkan oleh akaun rasmi Pos Laju bahawa kejadian seperti itu adalah scam.

Itu kalau terbagi nombor kad pengenalan dekat dia, macam-macam benda buruk boleh berlaku!

Post a Comment