Sekatan Pergerakan yang Maduners harus tahu semenjak Covid-19 merebak
Terkejut Madu bila sesetengah Maduners anggap yang sekatan pergerakan ialah Lockdown. Sekatan pergerakan dan Lockdown jauh beza tau Maduners. Oleh itu, Madu akan terangkan kepada Madunes apa yang korang harus tahu tentang sekatan pergerakan ini. Mari baca artikel ni bersama-sama.
Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Malaysia dan juga negara lain dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac sehinnga 31 Mac 2020 bagi mengawal penuluaran Covid-19.
Akan tetapi ada sesetengah orang masih keliru tentang Lockdown serta sekatan pergerakan. Mari Madu terangkan kepada Maduners tentang perkara ini.
1. Elakkan berkumpul dalam kumpulan
Penggunaan teknologi semakin canggih betul tak Maduners? Jadi, kalau nak jumpa member ataupun ahli keluarga bolehlah video call ataupun telefon mereka bertanya khabar. Yang paling penting, Maduners elakkan diri dari berkumpul di khayalak orang ramai terutama sekali apabila berada di pusat membeli-belah.
Khusus untuk umat muslim pula, Solat Jumaat akan ditangguhkan di semua masjid dan surau buat sementara waktu ini. Solat Zohor akan dijalankan seperti biasa di dalam rumah.
2. Sekatan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara
Buat masa ini, negara lain juga tidak selamat untuk dikunjung. Oleh itu, bersabarlah yeah Maduners. Untuk mereka yang pulang ke Malaysia, mereka mesti menjalankan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari. Kesian Madu tengok keadaan mereka. Dahlah jetlag pastu kena buat pemeiksaan.
Akan tetapi, ada juga sesetengah rakyat Malaysia di luar negara ingin pulang ke tanah air mereka tetapi disekat oleh Imigresen di sana. Jadi, Maduners berdoalah agar mereka selamat kembali ke Malaysia.
3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi pelancong asing juga disekat untuk melancong di Malaysia. Ini juga untuk kebaikan mereka, supaya mereka juga terhindar dari Covid-19 ini.
4. Semua Institusi Pendidikan ditutup
Semua Institusi Pendidikan seperti taska, sekolah kerajaan, sekolah swasta, pra-universiti dan tahfiz ditutup buat masa ini untuk mengelakkan mereka yang menuntut di sana berkumpul dalam kumpulan yang besar.
5. Institusi Pendidikan tinggi (Awam dan Swasta) ditutup
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Untuk Maduners yang masih belajar di peringkat ni disarankan untuk mengambil kelas online. Institusi ditutup buat sementara waktu untuk mengelakkan pelajar dari berkumpul di dalam kelas atau mengadakan projek berkumpulan.
6. Semua premis kerajaan dan swasta ditutup
View this post on Instagram
Perkhidmatan yang penting seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan masih berjalan seperti biasa kecuali premis kerajaan dan swasta sahaja ditutup.
Haaa lega tak Maduners bila baca tentang ini. Jadi inilah yang dimaksudkan dengan sekatan pergerakan. Uallss masih boleh pergi ke mana-mana tetapi elakkan dari berkumpul atau adakan halal gap bila berjumpa dengan sesiapa. Buat masa ni, Maduners duduk di rumah akan rasa lebih selamat. Walaupun kelihatan bosan tetapi, prevention is better than cure. Ini saja cara yang terbaik untuk mengurangkan kenaikan wabak Covid-19 di negara kita. Stay safe Maduners!