Selamatkan Perut Anda Dari Kelaparan! Menu Supper Super Duper Mudah Untuk Korang – Manis Madu
Selamatkan Perut Anda Dari Kelaparan! Menu Supper Super Duper Mudah Untuk Korang

Selamatkan Perut Anda Dari Kelaparan! Menu Supper Super Duper Mudah Untuk Korang

Dah tengah malam, tapi perut lapar. Apa yang patut kita buat? Takkan nak menangis bucu katil.

Okay kali ini Madu akan share dengan Maduners semua 5 resepi mudah dan ringkas yang Maduners boleh masak waktu supper atau anytime yang korang rasa lapar.

 

Madu janji, resepi ini tak sampai 10 minit dah siap kemudian boleh jamu perut Maduners yang kelaparan.

1. Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio
    • 1 Sudu Minyak Zaitun
    • 2 Ulas Bawang Putih
    • 100g isi udang/ayam
    • 1 sudu Lada Hitam
    • 200g Spaghetti

 

Cara Memasak:

  1. Rebus spaghetti selama 5-10 minit
  2. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang putih.
  3. Masukkan isi udang/ayam dan kacau.
  4. Masukkan sedikit garam diikuti dengan lada hitam. Toskan spaghetti lalu masukkan ke dalam tumisan tadi dan gaul sehingga rata.

2. Sup Bebola Ikan dan Cendawan

Sup bebola ikan dan cendawan
    • 400g cendawan tiram (dipotong kecil-kecil)
    • 10 bebola ikan (dibelah dua)
    • 3 ulas bawang merah, dicincang
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 sudu udang kering (rendam & ditapis)
    • 1 cawan air
    • ¼ lada sulah
    • ¼ garam

 

Cara Memasak:

    1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan udang kering. Tumis hingga udang rangup.
    2. Tambahkan air dan lada hitam. Cincang cendawan halus, cuci dan tos. Masukkan bebola ikan.
    3. Kacau hingga cendawan dimasak. Rasa dan perisakan dengan garam,
    4. Padamkan api.

3. Bread Pizza

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FoodgasmVadodara|Food Blogger (@foodgasm.vadodara) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Food Lover (@2foodcravers) on

    • Roti Gardenia – 4 Keping
    • Sos Pasta
    • Keju Mozzarella
    • Sosej – 4-5 Batang

 

Cara Memasak:

  1. Hanya perlu sapukan tomato puree/sos pasta di atas roti
  2. Diikuti dengan sosej yang telah dihiris nipis.
  3. letakkan keju diatasnya. Panaskan di dalam microwave dalam 2 minit dengan suhu sederhana.

4. Roti Telur Cheese

 

View this post on Instagram

 

A post shared by love food & cooking (@liyowsiti) on

    • Roti Gardenia – 5 Keping
    • Telur – 1 Biji
    • Keju Cheddar Jack

 

Cara Memasak:

    1. Letakkan 2 keping keju di atas roti.
    2. Letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.
    3. Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul.
    4. Panaskan minyak dan gorengkan. Roti telur cheese sedia untuk dihidang.

5. No-Bake Cheesecake

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dessert Lover🍫 (@dessert__lover) on

    • 1 Pek Biskut Oreo – Dihancurkan
    • ½ Blok Butter
    • 250g Cream Cheese
    • 150g Whipped Cream
    • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
    • 2 Sudu Gula

 

Cara Memasak:

  1. Hancurkan biskut Oreo sehingga halus, cairkan butter, masukkan ke dalam bekas oreo tadi gaul sehingga rata dan asingkan. Letakkan adunan, kemudian ratakan sehingga mampat.
  2. Pukul whipped cream di dalam sebuah mangkuk sehingga kembang dan asingkan.
  3. Masukkan cream cheese, sedikit esen vanilla dan gula di dalam mangkuk yang berlainan kemudian pukul sehingga sebati.
  4. Kemudian tuangkan cream cheese yang telah dipukul ke dalam whipped cream tadi dan gaul sehingga rata.
  5. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam bekas oreo tadi. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam dan Oreo Cheesecake sedia untuk dihidang.

Walaupun simple tapi masih nikmat untuk dapat makan! Tak perlu tunggu supper pun, anytime boleh buat menu ini sebab simple dan tak ambil masa yang lama.

 

Next time Madu akan share dengan Maduners semua lagi banyak resepi yang mudah. Selamat mencuba!

Post a Comment