Selepas 27 Tahun Hidup Bersama, Bill & Melinda Gates Umum Perceraian – Manis Madu
Bill & Melinda Gates Umum Perceraian Selepas 27 Tahun Hidup Bersama

Selepas 27 Tahun Hidup Bersama, Bill & Melinda Gates Umum Perceraian

Pengasas Microsoft, Bill Gates dan isterinya Melinda, semalam mengumumkan perceraian selepas berkahwin selama 27 tahun lapor BH Online.

 

Pengumuman itu dibuat mereka yang juga antara pasangan paling kaya dunia dengan nilai kekayaan AS$130 billion (RM533.54 bilion), menerusi Twitter.

“Selepas pertimbangan yang panjang dan usaha yang banyak untuk memulihkan hubungan, kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami,” kata mereka.

 

Menurut kenyataan itu, mereka akan terus bekerjasama menerusi Yayasan Bill & Melinda Gates, program kebajikan yang menyalurkan dana kepada kesihatan global, kesaksamaan jantina dan pendidikan serta lain-lain lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bill Gates (@thisisbillgates)

“Kami akan terus berkongsi misi dan akan terus bekerja bersama-sama di yayasan, tetapi tidak percaya dapat bersama-sama sebagai pasangan untuk fasa berikutnya dalam hidup kami.”

 

Pengumuman itu dua tahun selepas pengasas Amazon, Jeff Bezos, yang juga antara individu terkaya dunia mengumumkan perceraian dengan isterinya, MacKenzie.

 

Bill Gates, 65, mengundur diri sebagai ketua eksekutif Microsoft pada 2008 untuk menumpukan lebih banyak usaha kepada kerja kebajikan dan kemudiannya meninggalkan lembaga pengarah syarikat itu, dengan hanya memegang pangkat sebagai ‘pengasas dan penasihat teknologi’.

 

Melinda Gates, 56, berkahwin dengan Bill pada 1994 ketika dia bekerja dengan firma teknologi berkenaan.

 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Post a Comment