Sepakat ‘Break Up’ Kerana Pembawa Thalassemia, Keputusan Matang Pasangan Ini Dipuji – Manis Madu
Sepakat ‘Break Up’ Kerana Pembawa Thalassemia, Keputusan Matang Pasangan Ini Dipuji

Sepakat ‘Break Up’ Kerana Pembawa Thalassemia, Keputusan Matang Pasangan Ini Dipuji

Berkahwin pada dasarnya memang best, tetapi banyak perkara yang perlu diambil peduli sebelum mendirikan rumah tangga. Bukan sekadar persediaan ilmu rumah tangga, ilmu agama mahupun persediaan kewangan, bakal pengantin juga perlu mengambil ujian Thalassemia. 

 

Ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah anemia dan ia sangat penting untuk membina sebuah keluarga yang sihat.

Baru-baru ini, kisah pilu mengenai pasangan dari Indonesia telah meruntun jiwa ramai. Difahamkan, mereka sudah 3 tahun saling mencintai dan sedia untuk sehidup semati namun, terpaksa putuskan hubungan memandangkan kedua-duanya disahkan sebagai pembawa gen Thalassemia.

hubungan tetap baik dan diteruskan sebagai kawan

Menurut pengguna akaun @szasaccount, dia dan pasangannya masing-masing sedar hubungan mereka boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadap bakal anak-anak jika perkahwinan diteruskan kelak.

sepakat untuk berpisah dan ‘meraikan’ detik terakhir sebagai pasangan kekasih

Meskipun perit untuk ditelan, mereka akhirnya sepakat untuk berpisah dan ‘meraikan’ detik terakhir sebagai pasangan kekasih. Walau bagaimanapun, hubungan kedua-duanya tetap baik dan diteruskan sebagai kawan susulan telah lama mengenali antara satu sama lain.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pasangan tersebut yang telah mengambil tindakan matang walaupun pengorbanan besar terpaksa dilakukan.

Post a Comment