Serpihan Bihun Kering Punya Pasal, Gadis Terpaksa Dapatkan Pergi Hospital! – Manis Madu
Serpihan Bihun Kering Punya Pasal, Gadis Terpaksa Dapatkan Pergi Hospital!

Serpihan Bihun Kering Punya Pasal, Gadis Terpaksa Dapatkan Pergi Hospital!

Siapa sangka, benda sekecil bihun kering boleh menjadi punca kesakitan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital!

 

Ceritanya, seorang gadis berkongsi tragedi yang berlaku kepadanya ketika sedang mencuci pinggan melalui hantaran di TikTok.

@sweetsecrettt21 CERITA BULAN RAMADHAN 🥹 kalau laju pause tau #fyp ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Selepas menyedari terdapat serpihan bihun kering dalam kukunya, gadis tersebut cuba merendam kukunya dalam air suam dengan harapan dapat melembutkan bihun berkenaan.

 

Meskipun begitu, dia cuba bertahan dan masih boleh memandu ke kelas walaupun jarinya sudah membengkak.

 

“Pergi ke klinik semua full, akhirnya klinik yang keempat. Doktor tak bius, cuba keluarkan tak boleh,” tulisnya dalam keterangan video.

 

Oleh kerana peralatan di klinik berkenaan kurang lengkap, doktor memintanya merujuk kepada pihak hospital.

 

“Allahu, takutnya time ni. Hanya sebab bihun kena pergi hospital,” ujarnya lagi.

 

Akhirnya, setelah beberapa jam menanggung kesakitan, serpihan bihun itu berjaya dikeluarkan.

 

Gadis itu juga menunjukkan kesan lebam pada jarinya gara-gara dicucuk ubat tahan sakit dan bius.

 

“Jadi gais, hati-hati basuh pinggan. Jangan jadi macam saya, malu je nangis kat klinik sampai sedu-sedu,,” nasihatnya di penghujung video.

Post a Comment