Setiap Hari Menangis & Minta Dibelikan Produk Pemutih, Kanak-Kanak 9 Tahun Tertekan Dibuli Rakan Sekelas
Dunia canggih dengan teknologi tinggi seperti sekarang diakui banyak memberi kemudahan kepada manusia. Banyak perkara dapat diselesaikan dengan lebih mudah dengan bantuan teknologi.
Namun, tidak dapat disangkal, teknologi ini juga kadangkala menjadi ‘pembunuh senyap’ terutamanya berkaitan adab dan keperibadian seseorang.
Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang wanita memuat naik tangkap layar perbualan kumpulan di aplikasi Whatsapp memaparkan anak buahnya dibuli rakan-rakan sekelas.
“Antara sebab kita kena delay selama mungkin untuk bagi anak fon sendiri. Ini conversation daripada anak buah saya yang berumur 9 tahun daripada group Whatsapp. Dia dibuli rakan sekelas dia,” tulis keterangan wanita itu.
Antara sebab kenapa kita kena delay selama mungkin utk bagi anak fon sendiri.
This is a conversation from my 9 yo niece’s whatsapp group chat. She got bullied by her classmate. 😡 👇
#cyberbully #speechless #toxic pic.twitter.com/LuexxSPs3D— Miya Wong (@meowonges) May 31, 2022
Menurut tangkap layar tersebut, pembuli-pembuli itu melemparkan kata-kata hinaan seperti ‘muka macam tahi hitam’, ‘gedik’, ‘bodoh’ dan lain-lain perkataan kesat kepada anak saudara wanita itu.
Perkara itu turut diadukan kepada pihak sekolah namun anak saudaranya pula yang dimarahi kerana mengadu dibuli.
“Anak sedara aku balik-balik terus nangis sebab cikgu marah dia. Marah sebab dia mengadu yang dia kena buli. KENA MARAH EH! Cikgu siap cakap nak cili mulu anak saudara aku ni,” jelasnya.
Ibu kepada kanak-kanak itu juga menceritakan yang anaknya selalu menangis ketika pulang ke rumah selain selalu meminta dibelikan produk pemutih muka kerana tertekan selalu dibuli.
Dalam pada itu, ibu kepada kanak-kanak itu sudah ‘bersemuka’ menerusi perbualan di WhatsApp dengan bertanya tentang permasalahan itu namun waris kepada pembuli itu tidak mengaku dan menafikan perbuatan anaknya.
Ciapan itu mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang marah, geram dan tak kurang juga yang risau dengan perilaku generasi muda sekarang.
“Biadapnya budak-budak sekarang. Layak kena tempeleng sedas,” @diyanasyamira
“Rasanya umur 9 tahun dulu aku tak matang lagi nak ber chat/berbual bahasa-bahasa macam ni. Gaduh dengan kawan pun tak macam ni punya level. Risau generasi akan datang macam mana mereka punya akhlak nanti,” ujar @wmsif.
Ghisauuu ya dengan kerenah kanak-kanak sekarang. Tidak keterlaluan kalau kita katakan memang ini berpunca daripada pengaruh dan kesan penggunaan telefon bimbit di awal usia.
Tidak dinafikan juga kandungan yang dimuatkan di media sosial oleh golongan dewasa memberi kesan negatif buat kanak-kanak ini.