Sherry Dah Kurus Sampai Netizen Ingat Tengah Tengok Janna Nick! – Manis Madu
Sherry Dah Kurus Sampai Netizen Ingat Tengah Tengok Janna Nick!

Sherry Dah Kurus Sampai Netizen Ingat Tengah Tengok Janna Nick!

Siapa tak kenal pelakon dan pengacara yang petah bercakap, Sherry Alhadad. Sebut sahaja nama dia, pasti ramai peminat terbayang keletah dia yang nakal dan mencuit hati itu. Memang tak kering gusi kalau tengok Sherry!

 

Baru-baru ini, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ada memuat naik satu video di laman Instagram dan TikTok yang mana dia dilihat melakukan satu promosi sebuah produk minuman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah perubahan bentuk badannya yang dilihat lebih ramping dan menawan.

 

Lebih menarik, ramai warganet menyatakan mereka hampir tersalah sangka bahawa Sherry adalah Janna Nick dan bukannya Sherry Alhadad.

 

Perkongsian berkenaan juga mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengikutnya. Rata-rata memuji dan meluahkan rasa tercabar dengan penampilan baru Sherry itu.

 

Sebelum ini, sekitar awal Januari, Sherry mendedahkan dengan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan!

Post a Comment