Siang Marah Tentang SOP, Malam Terus Turun ‘Buat Kerja’
Satu Malaysia dikejutkan dengan sebuah video tular tentang acara pemberian vaksin secara walk-in di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV), semalam.
View this post on Instagram
Video tersebut menunjukkan para penerima vaksin sedang beratur dengan jarak dekat antara satu sama lain tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu melakukan penjarakan sosial.
Di dalam video berkenaan juga ditunjukkan seorang lelaki cuba meleraikan ‘himpunan’ tersebut dengan pelbagai cara termasuk meminta pihak berkuasa membantu namun seolah-olah tiada jalan penyelesaian.
Perasaan bimbang bercampur tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku, lelaki yang dikenali sebagai Sir Shakib ini mengerahkan pasukannya untuk memasang sendiri aturan SOP yang sepatutnya di tempat kejadian.
Melalui sebuah video yang dimuat naik pasukannya di laman Instagram menunjukkan, enam orang lelaki memasang sendiri kon serta pelekat dengan jarak 1.5 meter seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) satu persatu di sepanjang jalan.
View this post on Instagram
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan berterima kasih terhadap kepantasan lelaki berkenaan dalam membantu menyelesaikan masalah ini.
“Rasa terharu tengok video-video macam ni. pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk jaga sesama sendiri,”
Siang beliau menangis lihat SOP hancur di PPV, malam beliau terus bertindak.
Tabik hormat buat Sir Shakib & team. Semoga murah rezeki MathClinic @mcplus_my 🤍#rakyatjagarakyat pic.twitter.com/wiQ12EU8wo
— tulangkata 🇵🇸 (@tul4ng) August 11, 2021
“Real man do cry and make a change. Salutes to Bro Shakib and teams on their kindness humanitarian initiatives. Allah balas jasa ikhlas kamu semua,”
Siang beliau menangis lihat SOP hancur di PPV, malam beliau terus bertindak.
Tabik hormat buat Sir Shakib & team. Semoga murah rezeki MathClinic @mcplus_my 🤍#rakyatjagarakyat pic.twitter.com/wiQ12EU8wo
— tulangkata 🇵🇸 (@tul4ng) August 11, 2021
Kagum dengan tindakan yang dilakukan lelaki ini dan pasukannya. Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita agar cakna dengan pematuhan SOP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 ini.