Simpan Ubat Gigi Dalam Kereta? Banyak Kegunaan Sebenarnya!
Masalah cermin kereta kabur ketika hujan menjadi salah satu masalah yang sangat mengganggu. Jika tidak jumpa jalan penyelesaian, mungkin mengundang bahaya. Lebih-lebih lagi jika memandu sendirian kan?
Menurut satu perkongsian di TikTok, dengan menggunakan ubat gigi, masalah Maduners dapat diselesaikan!
@datomichaellim_oeApa kegunaan ubat gigi utk kereta🤔🤔 jom! Mari Kita Cuba😊😊 #tiktokguru #tiktoker #studytips #sharing #tiktokmalaysia #foryoupage @szepeng_vsg
Berdasarkan video berkenaan, seorang lelaki dilihat menunjukkan cara-cara untuk menjadikan cermin sisi lebih jelas dan ia boleh diaplikasikan ketika korang memandu ketika hujan.
Rupanya caranya sangat mudah! Hanya sapukan ubat gigi di permukaan cermin kemudian lap dengan kain. Hasilnya, cermin kelihatan lebih jelas berbanding sebelumnya.
Cara yang kedua, Maduners boleh juga sapukan ubat gigi pada wiper menggunakan tangan.
Ia akan membuatkan cermin disapu dengan lebih bersih dan tidak mengganggu pandangan ketika hujan.
Selain itu, lelaki tersebut juga menunjukkan cara menghilangkan kesan calar dan kotor hanya menggunakan ubat gigi. Multifunction sangat!
Dengan hanya meletakkan ubat gigi pada tempat yang ada kesan calar dan kotor kemudian gosok dengan kain. Mudahnya!
Lepas ini Maduners boleh sediakan siap-siap ubat gigi dalam kereta untuk kegunaan seperti ini, pasti membantu.