Suami Isteri Namakan 11 Anak Dengan 4 Huruf Sama – Manis Madu
Sebuah keluarga menamakan 11 anak mereka menggunakan variasi empat huruf yang sama

Suami Isteri Namakan 11 Anak Dengan 4 Huruf Sama

Sebuah keluarga menamakan 11 anak mereka menggunakan variasi empat huruf yang sama, lapor Mirror.

Pasangan suami isteri, Gwenny Blanckaert dan Marino Vaneeno dari Belgium, hanya menggunakan huruf A, E, L dan X apabila memilih nama anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.

 

Pasangan itu bakal menimang cahaya mata ke-12 iaitu lelaki pada April 2022.

 

Anak sulung mereka bernama Alex berumur 13 tahun, diikuti Axel, 12, Xela, 11, Lexa, 10, Xael, 9, Xeal, 8, Exla, 5, Leax, 4, Xale, 2, Elax, 1 dan Alxe berusia enam tahun.

 

Dua tahun lalu, Gwenny, 32, memberitahu bahawa mereka menamakan anak sulung mereka dengan nama bapa tiri Marino kerana mereka menganggap nama tersebut cantik.

Pasangan suami isteri, Gwenny Blanckaert dan Marino Vaneeno dari Belgium

“Nama anak kedua kami menjadi Axel dan selepas itu kami mula bingung.

 

“Kami sedar nama mereka dengan huruf yang sama, jadi kami putuskan untuk meneruskannya,” katanya.

Post a Comment