Sudah Mohon Maaf Namun Instafamous Bergambar Dengan PU Amin Masih Terima Kecaman & Fitnah!
Meskipun telah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya, personaliti media sosial Nadira Isaac nampaknya masih belum terlepas dari kecaman dan ‘penghakiman’ para netizen.
Ia berhubung tindakannya memuat naik foto bersama Pencetus Ummah (PU) Amin dengan berpakaian seksi baru-baru ini.
View this post on Instagram
Nadira, 21, berkata dia menerima banyak mesej kecaman dan berbaur fitnah dengan mendakwa dia melakukan pekerjaan yang tidak senonoh bagi menampung hidup.
“Besar ujian saya di bulan Ramadhan ni… Difitnah apabila orang cakap saya jual badan. Sebenarnya saya mula berniaga sejak tamat sekolah hingga kini ada produk sendiri. Jadi dakwaan kata saya jual badan adalah tidak benar.”
“Jangan ingat semua perempuan seksi murah untuk disentuh!” katanya dalam temu bual bersama mStar.
Untuk pengetahuan Maduners, sebelum ini tular di media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.
Nadira akhirnya memuat naik video permohonan maaf secara terbuka seterusnya memadam foto berkenaan bagi mengelak isu itu terus berpanjangan.